Memaparkan catatan dengan label Selebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selebriti. Papar semua catatan

Sabtu, 8 Mac 2014


Biarpun telah 25 tahun menjadi aktor, termasuk beberapa filemnya mencapai kutipan 'box-office', namun ia masih belum cukup kuat memberi peluang buat Leonardo DiCaprio memenangi anugerah Oscar.

Malah pada Oscar 2014, DiCaprio sekali lagi terpaksa menelan kekecewaan apabila wataknya sebagai Jordan Belfort dalam filem The Wolf of Wall Street gagal memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Sebaliknya, Matthew McConaughey berjaya membawa pulang trofi tersebut.

Bagaimanapun apa yang lucu, apabila ada pihak menjadikan ekspresi DiCaprio yang kelihatan mengharap dan kemudian kecewa sebagai bahan komedi berbentuk komik.


Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, terlihat jelas wajah DiCaprio yang penuh mengharap pada mulanya, dan kemudian kelihatan kecewa selepas McConaughey diumumkan sebagai pemenang.

Bahkan menerusi beberapa teman rapat, mereka mengakui bahawa DiCaprio amat berharap untuk menang selepas dia beberapa memenangi anugerah setelah berjaya membawakan watak sebagai broker saham itu dengan baik.

Kenapa Muka Leonardo DiCaprio Jadi Sampai Macam Tu ?

Jumaat, 7 Mac 2014


Penyanyi Ainan Tasneem dikhabarkan sekali lagi mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku di jalan menuju kolej kediaman Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Wang Ulu, Sungai Batu Pahat, Perlis.

Susulan itu gambar beberapa kenderaan termasuk kereta perodua MyVi terbalik yang dikatakan milik Ainan Tasneem mula beredar di laman siber.

Sekiranya benar berita ini, ia merupakan kemalangan kali ketiga membabitkan pelantun lagu Aku Suka Dia yang juga penuntut UniMAP ini.


Pada 19 Februari lalu, Ainan mengalami cedera ringan selepas kereta dinaikinya bersama tiga rakan terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, Kangar kira-kira jam 9.30 malam.

Kereta yang dipandu kawan Ainan dikatakan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.

Manakala pada Julai tahun lalu, kereta MyVi milik Ainan yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).

Sewaktu kemalangan, Ainan dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan apabila secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.

Bagaimanapun dek kerana terlalu sering ditimpa kemalangan, berita berkaitan disambut pelbagai reaksi oleh pengikut Twitter Ainan hingga ada yang mengguris hatinya.

Antaranya komen menyuruh Ainan mandi bunga, menyatakan dia mabuk ketika memandu, dapat lesen terbang, tak pandai bawa kereta dan membawa badi kemalangan.

Justeru, Ainan meluahkan perasaan hatinya dengan menegur pemberi komen-komen negatif agar lebih sensitif di samping membetulkan kenyataan yang tidak betul.

 
Apa pun jangan lupa lebih berhati-hati di jalan raya selepas ini tidak kiralah siapa pun yang memandu .

Ainan Tasneem Disuruh Mandi Bunga Tapi Kenapa ?


Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz mengakui hubungan cintanya dengan Anne Ngasri yang berakhir dua tahun lalu adalah serius.

Malah dia pernah merancang untuk mengahwini aktres tersebut tetapi tidak kesampaian sehingga menyebabkan hidupnya menjadi tidak keruan selama empat bulan.

 "Saya menyesal mengambil tindakan untuk berkahwin pada umur 21 tahun.

Sebabnya kesakitan yang saya rasai hampir memusnahkan seluruh hidup saya.

Bukan sahaja karier, tetapi juga moral, mental dan fizikal saya hampir musnah.

"Ia kerana saya beri seluruh jiwa raga pada hubungan itu. Sampai ke tahap hendak bernikah. Selama empat bulan saya ambil masa untuk bangkit semula.

"Bagaimanapun perkara ini menjadi pengajaran buat saya untuk tidak memberi 100 peratus jiwa raga kepada pasangan," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo .

Aliff, 23, memberitahu dia turut mencipta sebuah lagu mengenai Anne yang bakal dimuatkan dalam album keempatnya yang bakal berada di pasaran Jun nanti.

Lagu berjudul "Hati Ini" mengisahkan seorang wanita yang bakal berkahwin dengan seorang lelaki dan mereka sudah mempunyai tarikh kahwin, tetapi akhirnya wanita itu mengambil keputusan untuk mengahwini orang lain.

Kata Aliff lagi, dia hanya ingin memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya buat masa ini.

"Sekarang saya hanya ingin menaikkan kembali karier nyanyian dan imej diri.

Apa yang terjadi pada saya mungkin hukum karma pada perbuatan saya sebelum itu tetapi saya tidak akan buat perkara yang sama pada wanita lain.


Sebabnya saya faham perasaan orang yang disakiti," jelasnya.

Baru-baru ini Aliff telah dikaitkan dengan seorang wanita bernama Shazleen selepas gambar mesra mereka disebarkan di internet.

Menganggap ia sebagai pengajaran buatnya, Aliff memberitahu dia mengenali wanita itu beberapa bulan lalu selepas ibu Shazleen memanggilnya menyanyi di sebuah majlis korporat tetapi menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Penyanyi lagu "Sayang Sayang" ini juga berkata dia akan lebih berhati-hati agar tiada lagi gambarnya bersama wanita tersebar di internet.


Dalam perkembangan lain, Aliff kini sedang terlibat dengan penggambaran drama bersiri "Jodoh 2"

Aliff Aziz Cipta Lagu Tentang Anne Ngasri ?

Nico merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1993 dan menyampaikan lagu-lagu Melayu (raps).

Nico atau Network International Chicanos Organisation (NICO) , dianggotai Abdul Fashah Abdul Aziz( Md Nico), Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino).

Kumpulan itu hanya mampu merakamkan tiga album : Buatan Los Angeles (1993), Realiti (1995), Alamak! (1996).Kemudian pada 2003 kumpulan Nico kembali dan merakamkan album baru bertajuk Ops Kecoh.

Hanya Md Nico saja yang tinggal untuk meneruskan perjuangan irama Rap dan G-Funk dianggotai bersama ahli baru iaitu E-zad sebanyak 12 buah lagu dipertaruhkan namun akibat kurang publibsiti kumpulan Nico kembali senyap dan terus hilang dari industri muzik Malaysia.


Baru - baru ini Nico telah membuat persembahan live di Tempatan Festival Hari Belia di Paroi Negeri Sembilan. Persembahan mereka didampingi bersama penari- penari jalanan atau dikenali Bboy".

Adakah Nico relevan lagi pada masa ini , hanya masa akan menentukan .

Nico Buat Comeback ?



Tiket untuk tengok Hafiz dengan Adira untuk Minggu Setiausaha lagi mahal dari bayaran untuk tengok persembahan Siti Nurhaliza.

Adakah ini indikator jelas Siti Nurhaliza bukan pada zamannya lagi ?

Juara Akademi Fantasia musim ke-7, Hafiz Suip kini sudah bersedia mempamerkan kebolehannya dalam mengendalikan sebuah persembahan minggu setiausaha yang dinamakan 'A Golden Moment With Hafiz'.

Anjuran COOP Matrade dengan kerjasama AMI Global Sdn Bhd bakal, acara tersebut bakal berlangsung pada 22 April bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang di dewan megah Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta.

'A Golden Moment With Hafiz' disifatkan cukup peribadi kerana membuktikan keberanian serta kesediaan penyanyi hebat kelahiran Kuching Sarawak berkenaan untuk tampil mengemudi minggu setiausaha yang julung kali dijayakannya selepas lima tahun berkelana sebagai anak seni.

Majlis tersebut turut menampilkan rakan seangkatannya, juga pasangan duetnya menerusi lagu "Ombak Rindu" dan "Salahkah", Adira. Adira akan mendendangkan dua buah lagu popularnya. Persembahan mereka akan diiringi Pengarah Muzik, Aznan Alias atau lebih dikenali sebagai Nan dengan Afdlin Shauki sebagai pengacara.

Mereka yang enggan terlepas peluang menyaksikan persembahan Hafiz juga Adira dan Afdlin, tiket dijual pada harga RM780 untuk tiket Platinum, manakala RM680 (Emas) dan RM580 (Perak). Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian AMI Global Sdn Bhd di 03-2900552603-92005526, Azizah (012-2013501012-2013501), Yusri (019-2513575019-2513575) dan Ariff (016-4458748016-4458748)

Bayaran Persembahan Hafiz dan Adira Lagi Mahal Dari Siti Nurhaliza , Apa ?

Khamis, 6 Mac 2014


Khabarnya , Adira dan berpisah dengan teman lelakinya iaitu Shahrul Nasrun Kamarudin ,

Alasannya  , Adira dah buang semua gambar dia dengan teman lelakinya ini di Instagram , hanya Adira ada jawapan sebenar .

Adira Dah Berpisah Dengan Teman Lelakinya ?

Mahu menghalalkan hubungan yang sudah tiga tahun terjalin, vokalis kumpulan OAG ini mahu dinikahkan dengan kekasih hatinya, Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, bulan depan. 

Walaupun ibu Ayu agak keberatan kerana mahu mereka bertunang demi mengikut adat, namun bakal mentua Radhi itu akur demi kebahagiaan mereka.

Mengaku berdebar biarpun pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif selama lima tahun, Radhi akan mengikuti kursus perkahwinan bulan depan. Ini kerana beliau mahu mempertajamkan ilmu mengenai asas keharmonian rumah tangga demi membetulkan kesilapan lalu.

Tidak mahu majlis yang gah dan membazir, Radhi membayangkan acara sederhana serta majlis resepsi yang diadakan selepas Aidilfitri secara kecil-kecilan. 


“Walaupun pernah berkahwin, saya akan mengambil kursus perkahwinan pada 15 Februari depan. Ini kerana saya mahu fokus demi tak tersilap langkah. Kalau mengikut kehendak keluarga Ayu, banyak modal yang perlu dikeluarkan. Saya rasa mungkin lambat lagi kami akan berkahwin sebab saya baru hendak membina karier semula.

“Alhamdulillah, walaupun saya ada kisah silam, tetapi, keluarga Ayu menerima saya seadanya dengan perubahan pada diri saya. Pada mulanya, majlis persandingan mahu diadakan pada Ogos depan. Tetapi, Insya-Allah mungkin akhir tahun ini. Biar apapun, kita selesaikan perkara wajib dulu,” katanya.

Khabarnya Radhi OAG dan Ayu Akan Nikah Pada Bulan April 2014


Menerusi foto yang dikongsi oleh isterinya , Zhaf telah menghadiri hari 'pilot graduation' nya pada hujung minggu lalu dengan ditemani Fouziah serta rakan-taulan mereka .

Sekalung tahniah diucapkan pada suami Fouziah Gous , Zhaf Yusof yang kini telah bergelar juruterbang bertauliah selepas menamatkan pengajian di Malaysian Flying Academy .

Suami Fouziah Gous Dah Jadi Pilot ?

 
Susah nak dengar berita terbaru berkaitan , cerita penyanyi yang juga pemenang Singapore Idol musim kedua iaitu Hady Mirza.

Dikhabarkan , penyanyi ini telah mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya pada 1 Mac yang lalu.

Difahamkan, isteri Hady yang dikenali sebagai Nur Jannah ini berasal dari Pontian , Johor dan majlis perkahwinan mereka telah berlangsung secara tertutup dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Pasangan ini dikhabarkan telah berlepas ke Maldives untuk berbulan madu pada 3 Mac yang lalu .

Hady Mirza Kahwini Wanita Malaysia ?

Terdengar cerita dari kawan yang berurusan dengan pejabat kadi Seremban , kononnya , Sariyanti rancangan Fear Factor tu dah failkan cerai di Mahkamah Syariah Seremban beberapa hari lepas .

Betul ke ? Wallahu alam , selagi tiada pengesahan rasmi , anggap sahaja gossip .

Sariyanti Rancangan Fear Factor Tu Dah Failkan Permohonan Cerai ?


Permohonan dah diluluskan , tapi tak tahulah Lopa terima atau tidak ?


Neelofa Sambung Belajar Lagi ? Tapi Kenapa , Frust Pasal Cinta Ke ?

Hanez Suraya yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini , mengakui tidak takut kepada balasan ataupun karma gara-gara akibat perbuatan merampas suami orang yang juga kekasihnya, Romie Razin Adilha, 34.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, sekiranya dia berada di pihak yang benar dan ikhlas menjalinkan hubungan dengan pemuda yang dikenali sejak 20 Disember tahun lalu itu, dia tidak perlu takut kepada ‘hukuman’ berkenaan.

"Kalau kita ikhlas kepada pasangan dan begitu juga pasangan yang ikhlas terhadap kita, mengapa perlu risau dengan karma? Saya tidak takut pada karma kerana saya berada di pihak yang benar.

"Insya-Allah, asal saya dan dia (Romie) dapat menjaga sesebuah perhubungan itu dengan baik, kita tidak perlu takut dengan balasan seperti yang diperkatakan itu," katanya.

Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.

Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada petang Rabu.

Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki kononnya berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R sehingga menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Situasi bertambah tegang apabila isteri Romie, Nurliyana Abd Manan membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.

Pada sidang media yang dianjurkan Hanez, dia menafikan sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.

Malah Hanez turut meminta Nurliyana untuk membuat permohonan maaf secara terbuka selepas nama baik dia dan keluarganya tercalar gara-gara tuduhan tersebut.

Sementara itu, Romie pula berkata, kontroversi yang berlaku tidak akan mengubah fikirannya untuk mengahwini Hanez.

"Sejak mengenali dia, saya memang jujur untuk berkawan malah saya turut menjelaskan situasi saya (sedang menyelesaikan kes perceraian).

"Saya menunjukkan kejujuran saya dengan berjumpa sendiri keluarga Hanez dan mereka langsung tidak masuk campur urusan saya dengan Nurliyana.

"Soal jodoh kami (dengan Hanez) sekarang ini, biarlah takdir menentukan," tuturnya.

Hanez Suraya "Tidak Takut Balasan" Kerana Rampas Suami Orang Lain ?

 

Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah tidak berasa kesal atau rindu untuk kembali ke bidang lakonan seperti dahulu.

Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, berkata, dia senang dengan kehidupannya sekarang tanpa perlu berasa tertekan untuk bersaing apabila berada dalam dunia hiburan.

"Saya tiada hati untuk berlakon, malah tidak rasa kesal atau rindu sedikit pun terhadap bidang itu.

"Bagi saya industri hiburan sangat memberi tekanan apabila semuanya ingin menjadi lebih baik dan bersaing untuk mendapatkan sesuatu tawaran," katanya.

Kali terakhir Wardina tampil dalam drama bersiri Impian Ilyana pada tahun 2008.

Tambahnya, industri seni tempatan tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan perkembangan industri seni luar seperti Hollywood.

"Industri seni di sini seharusnya tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan perkembangan Hollywood.

"Kita ada identiti kita sebagai negara Islam, kalau tidak seksi sekalipun kita tetap akan disukai melalui bakat yang ada," katanya.

Jelas Wardina, biarpun sudah hampir tiga tahun tidak aktif dalam industri seni, dia masih mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Sementara itu, Wardina yang bakal menyambung pengajian ke Australia pada Jun ini di Brisbane, Australia dalam bidang psikologi berharap dapat menghasilkan dua buah buku yang hampir dua tahun tertangguh.

"Alhamdulillah, buku pertama saya Mama, Saya Nak Makan untuk kanak-kanak berjaya menjadi jualan buku terlaris di kedai buku MPH.

"Sekarang saya ingin menyiapkan dua buah buku lagi sebelum pergi ke Australia iaitu bertajuk Mama, Saya Nak Solat dan sebuah lagi buku kanak-kanak lain," ujarnya.

Katanya, kelewatannya menghasilkan buku-buku tersebut adalah berikutan sibuk melayan orang ramai yang ingin meminta nasihat daripadanya melalui laman sosial Facebook.

Jelas Wardina, keputusannya untuk menyambung pengajian dalam bidang psikologi adalah disebabkan rasa tanggungjawab terhadap masalah dalam masyarakat.

"Saya tidak tahu mengapa orang sering berkongsi masalah mereka dengan saya melalui Facebook.

"Masalah mereka kebanyakannya sangat rumit, namun saya hanya bantu mereka mencari laluan yang betul untuk menyelesaikan masalah itu.

"Tidak dinafikan ada juga di kalangan artis yang secara peribadinya berjumpa saya untuk meminta nasihat dan menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Wardina Tidak Lagi Rasa Rindu Terhadap Dunia Lakonan Selepas Beliau Bertudung

Salima yang baru tiga bulan hidup berpoligami mengaku merasai nikmat poligami kerana suaminya seorang yang adil dan hubungan akrab antara dia dengan madunya.

Poligami tidak bermakna selamanya hidup makan hati berulam jantung. Ada antara institusi rumah tangga yang mengambil intipati poligami sebagai perkongsian hidup yang mendasari aura positif.
Hal itu diakui oleh penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Nor Salima Habibi atau popular disapa Salima.

Salima telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ustaz terkenal, Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre tiga bulan lalu. Dia menjadi isteri kedua kepada penceramah bebas tersebut.
Salima, 26, telah selamat diijabkabulkan dengan Abd. Kadir pada 30 November tahun lalu di kampungnya di Ipoh, Perak, menyifatkan kehidupan sebagai isteri kedua tidak banyak bezanya.

“Sering orang salah tafsir bahawa menjadi isteri muda mahu lebih perhatian tapi sepanjang tempoh perkahwinan kami, saya melihat suami saya seorang yang adil.

“Poligami ada hikmahnya, saya selesa dan menerima status saya sekarang. Perkahwinan ini mendidik saya menjadi seorang yang pandai bertolak ansur dan menghormati isteri pertama suami saya,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cinta lepas kahwin

Salima menjelaskan hubungannya dengan isteri pertama suaminya baik dan mereka sering bertukar-tukar makanan dan hadiah antara satu sama lain.
“Kami diperkenalkan oleh ustaz yang mengendalikan kelas Usrah Fitrah yang saya sertai. Pada mulanya saya takut sebab kami tidak pernah bertemu.

“Apabila dilamar, saya tidak menyatakan keputusan sebaliknya pulang ke rumah untuk memberitahu keluarga saya. Lucunya saya dan ayah mencari dulu biodatanya di internet.

“Kemudian barulah saya letakkan syarat, kalau hendak mengahwini saya perlu ikut cara sebagai wanita muslimah. Tidak mahu kahwin lari dan dia telah membuktikan bahawa dia seorang lelaki budiman,” tambah Salima yang mengambil masa dua bulan untuk persiapan kahwin.

Tiada masalah, kata Salima, untuk bercinta selepas berkahwin, malah hubungan itu lebih istimewa berbanding bercinta sebelum mendirikan rumah tangga.

“Suami saya seorang lelaki yang lembut tapi tegas. Sepanjang mengenalinya saya tidak pernah melihat dia marah. Kalau ada perkara yang tidak berkenan pun dia hanya tersenyum kemudian menegur secara berhemah.

“Banyak perubahan yang dituntut untuk menjadi seorang isteri kepada ustaz dan saya melihat perkahwinan kami sebagai pemecah dinding yang memisahkan artis dan ulamak,” ujarnya.

Konsert Pray 4

Sementara itu, dia tidak merancang untuk menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat.
Sebaliknya Salima mahu memberikan sedikit ruang untuk dia dan suami fokus bekerja terlebih dahulu.

“Kami dahulukan perkara yang telah dirancang terlebih awal. Sekarang pun saya dan suami terlibat untuk gerak kerja mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan di Syria.

“Projek kerjasama Muslim Care itu akan melibatkan kami bersama artis lain seperti Heliza dan U.N.I.C untuk menjalankan konsert jelajah di United Kingdom, Ireland, Bosnia dan berakhir di Syria dari 13 hingga 21 April dalam menjayakan usaha terbabit,” jelasnya.

Malah Salima bersama Heliza, Diana Amir, In-Team, Far East dan U.N.I.C akan berkolaborasi menjayakan Konsert Pray 4 edisi kedua yang akan berlangsung di Dataran Perbadanan Presint 3, Putrajaya pada 8 Mac ini.

Konsert itu merupakan susulan Konsert Pray 4 yang pernah dijayakan pada tahun lalu di Kompleks Sukan Bangi, Selangor untuk mengutip dana dan disalurkan kepada mangsa perang di Mesir.

Dalam perkembangan lain, Salima akan bergabung tenaga dengan Heliza untuk menghasilkan sebuah album mini khusus untuk wanita sahaja.

“Album yang mengandungi tiga buah lagu Qasidah dan tazkirah ringkas itu sudah menjalani proses rakaman 70 peratus dan dijangka akan dilancarkan penghujung bulan Mac,” singkapnya.

Salima antara lain terbabit dengan rancangan Shoutul Quran yang bersiaran setiap hari Jumaat pukul 11 pagi di saluran TV9, Jalan Orang Mukmin di saluran TV Alhijrah dan penyampai radio jemputan untuk slot Warna Pagi di Ikim FM.

Salima Selesa Berpoligami

Ia dikatakan berlaku di Instagram


Betul Ke Chef Wan Kutuk Mamak ?

Rabu, 5 Mac 2014


Aidil Zakuan & Zaremah bakal melansungkan perkahwinan pd 14 Mac 20114 & majlis persandingan pada 16 Mac 2014 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur , betul ke ?

Inilah desas-desus yang sedang hangat kedengaran sekarang .

Aidil & Zarema Kahwin Pada 14 Mac 2014 ?



Jika anda mengikuti perkembangan pelakon Umie Aida di laman Instagramnya, jarang atau mungkin tiada gambar dia bersama suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan dimuatnaik.

Ia secara tidak langsung menimbulkan sedikit pertanyaan di kalangan peminat mengenai status hubungan mereka.

Menerusi BPop, Umie menjelaskan rumahtangga mereka masih lagi dalam keadaan baik.

“Mana-mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami-isteri…kita kan manusia? Masing-masing sibuk.

“Rumahtangga kami masih OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuan-Nya. Siapa kita nak cakap andai perceraian itu jalan terakhir yang baik atau sebaliknya.

“Kita tidak mampu melawan kehendak qada dan qadar. Saya mengharapkan yang terbaik untuk rumahtangga kami. Biarlah bahagia sampai ke jannah,” jelasnya.

Betul juga kata Umie itu. Dia pasti lebih tahu hal rumahtangganya berbanding kita sebagai orang luar.

Kadang-kadang gambar tak boleh dijadikan pengukur kebahagian seseorang .

Umie Aida Nafi Perkahwinannya Sedang Goyang

Dari Instagram Marion Caunter, telah difahamkan Marion sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan malam semalam (31 Oct). Perkembangan lanjut akan di update.

Fresh dari instagram Marion:

@ ] marioncaunter Alhamdulillah. Miss Leia Rose is now officially a big sister. We welcomed her little sis into the world last night. What a blessing. @smnasarudin 4min

Instagram Nasa:
smnasarudinAlhamdulillah, we were blessed with a baby girl last night. Here is Leia meeting Lana for the first time today. Thank you for everything @marioncaunter

Marion Caunter Selamat Bersalin

 

Adakah ini Mr S yang dimaksudkan?
Apapun didoakan semoga Haleeda bertemu juga dengan suami yang tetap bersama dengannya hingga ke akhir hayat nanti, insyaallah.


Empat tahun lalu (2010), dunia hiburan heboh cerita mengenai penyanyi popular 90-an Haleeda yang berkahwin kali kedua setelah lapan tahun menjadi ibu tunggal. Tapi, sehingga kini tak ramai yang tahu siapa suami baru Haleeda yang disebut sebagai Mr S itu?

Tap-tup, tap-tup apabila wartawan Juwie telefon Haleeda lewat malam 15 Februari lalu, bertanya mengenai suaminya, terus kata Haleeda, jodohnya sudah berakhir tahun lalu.

Nama sebenarnya Halida Mazlin Badaruddin, 41. Pada 1991, Haleeda merakam album dengan EMI dan lagu hitnya, Setia Kasih ciptaan Fauzi Marzuki/lirik Lukhman S meletup dan hingga ini masih bersiaran di radio. Kisah lirik lagu itu seolah-olah terjadi dalam hidupnya.

Antara lain perenggan pada korus lagu itu berbunyi: “Dahan yang patah tiada bersambung lagi... Hatiku pasrah dalam mencari mimpi...”

Dikatakan perceraian mereka adalah atas persetujuan bersama. Terdahulu sebelum itu, Haleeda pernah berkahwin dengan bekas pemain bolasepak kebangsaan, Azman Adnan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Kes tuntutan nafkah mereka pula berjaya diselesaikan di luar mahkamah, selepas kedua-duanya bersetuju mencari penyelesaian secara baik.

Haleeda Bercerai Lagi, Tiada Jodoh Bersama Mr S ?

Bekas isteri Chef Wan yang merupakan ibu kepada selebriti, chef Riz dan Serina Redzuawan dikhabarkan diserang 'stroke' atau angin ahmar beberapa hari lalu dan perkara tersebut turut disahkan Serina melalui akaun facebook miliknya.

Menerusi pesanan ringkas yang dihantarnya kepada MH Online juga, Serina mengakui masanya kini banyak dihabiskan dengan menjaga ibunya yang sedang sakit itu.

"Kami merasa agak sedih juga dan dia disahkan mendapat 'mild stroke'. Sekarang saya menjaganya di rumah dan dia juga sedang membuat rawatan fisioterapi. Terima kasih di atas doa dan sokongan," ujarnya.

Kami di MH Online juga mengharapkan ibu Serina akan segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

Bekas Isteri Chef Wan Diserang Angin Ahmar

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates