Salima yang baru tiga bulan hidup berpoligami mengaku merasai nikmat poligami kerana suaminya seorang yang adil dan hubungan akrab antara dia dengan madunya.
Poligami tidak bermakna selamanya hidup makan hati berulam jantung. Ada antara institusi rumah tangga yang mengambil intipati poligami sebagai perkongsian hidup yang mendasari aura positif.
Hal itu diakui oleh penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Nor Salima Habibi atau popular disapa Salima.
Salima telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ustaz terkenal, Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre tiga bulan lalu. Dia menjadi isteri kedua kepada penceramah bebas tersebut.
Salima, 26, telah selamat diijabkabulkan dengan Abd. Kadir pada 30 November tahun lalu di kampungnya di Ipoh, Perak, menyifatkan kehidupan sebagai isteri kedua tidak banyak bezanya.
“Sering orang salah tafsir bahawa menjadi isteri muda mahu lebih perhatian tapi sepanjang tempoh perkahwinan kami, saya melihat suami saya seorang yang adil.
“Poligami ada hikmahnya, saya selesa dan menerima status saya sekarang. Perkahwinan ini mendidik saya menjadi seorang yang pandai bertolak ansur dan menghormati isteri pertama suami saya,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Cinta lepas kahwin
Salima menjelaskan hubungannya dengan isteri pertama suaminya baik dan mereka sering bertukar-tukar makanan dan hadiah antara satu sama lain.
“Kami diperkenalkan oleh ustaz yang mengendalikan kelas Usrah Fitrah yang saya sertai. Pada mulanya saya takut sebab kami tidak pernah bertemu.
“Apabila dilamar, saya tidak menyatakan keputusan sebaliknya pulang ke rumah untuk memberitahu keluarga saya. Lucunya saya dan ayah mencari dulu biodatanya di internet.
“Kemudian barulah saya letakkan syarat, kalau hendak mengahwini saya perlu ikut cara sebagai wanita muslimah. Tidak mahu kahwin lari dan dia telah membuktikan bahawa dia seorang lelaki budiman,” tambah Salima yang mengambil masa dua bulan untuk persiapan kahwin.
Tiada masalah, kata Salima, untuk bercinta selepas berkahwin, malah hubungan itu lebih istimewa berbanding bercinta sebelum mendirikan rumah tangga.
“Suami saya seorang lelaki yang lembut tapi tegas. Sepanjang mengenalinya saya tidak pernah melihat dia marah. Kalau ada perkara yang tidak berkenan pun dia hanya tersenyum kemudian menegur secara berhemah.
“Banyak perubahan yang dituntut untuk menjadi seorang isteri kepada ustaz dan saya melihat perkahwinan kami sebagai pemecah dinding yang memisahkan artis dan ulamak,” ujarnya.
Konsert Pray 4
Sementara itu, dia tidak merancang untuk menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat.
Sebaliknya Salima mahu memberikan sedikit ruang untuk dia dan suami fokus bekerja terlebih dahulu.
“Kami dahulukan perkara yang telah dirancang terlebih awal. Sekarang pun saya dan suami terlibat untuk gerak kerja mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan di Syria.
“Projek kerjasama Muslim Care itu akan melibatkan kami bersama artis lain seperti Heliza dan U.N.I.C untuk menjalankan konsert jelajah di United Kingdom, Ireland, Bosnia dan berakhir di Syria dari 13 hingga 21 April dalam menjayakan usaha terbabit,” jelasnya.
Malah Salima bersama Heliza, Diana Amir, In-Team, Far East dan U.N.I.C akan berkolaborasi menjayakan Konsert Pray 4 edisi kedua yang akan berlangsung di Dataran Perbadanan Presint 3, Putrajaya pada 8 Mac ini.
Konsert itu merupakan susulan Konsert Pray 4 yang pernah dijayakan pada tahun lalu di Kompleks Sukan Bangi, Selangor untuk mengutip dana dan disalurkan kepada mangsa perang di Mesir.
Dalam perkembangan lain, Salima akan bergabung tenaga dengan Heliza untuk menghasilkan sebuah album mini khusus untuk wanita sahaja.
“Album yang mengandungi tiga buah lagu Qasidah dan tazkirah ringkas itu sudah menjalani proses rakaman 70 peratus dan dijangka akan dilancarkan penghujung bulan Mac,” singkapnya.
Salima antara lain terbabit dengan rancangan Shoutul Quran yang bersiaran setiap hari Jumaat pukul 11 pagi di saluran TV9, Jalan Orang Mukmin di saluran TV Alhijrah dan penyampai radio jemputan untuk slot Warna Pagi di Ikim FM.