Kata Fiza, akaun Instagram ialah antara punca mengapa mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik semalam .
Semua perselisihan faham yang timbul di antara mereka berdua bermula apabila ada pengikut Instagram Fiza mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuatnaik gambar-gambar Adam di Instagram miliknya.
Semua perselisihan faham yang timbul di antara mereka berdua bermula apabila ada pengikut Instagram Fiza mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuatnaik gambar-gambar Adam di Instagram miliknya.
Susulan itu, spekulasi tentang keretakan hubungan mereka mula tersebar di kalangan pengikut-pengikut lain sehingga turut menjadi bahan bualan mereka dalam keluarga.
Bagaimanapun, aktres berusia 33 tahun itu memberitahu akaun Instagram hanyalah sebahagian punca mereka bercerai.
Katanya, terdapat juga perkara peribadi lain yang turut menyumbang kepada perpisahan mereka namun beliau enggan mahu mengulas panjang.
Berhubung dakwaan kononnya orang ketiga dan kewangan sebagai antara punca sebenar mereka mengambil haluan masing-masing, Fiza bagaimanapun menafikan kedua-dua khabar angin itu.
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .