Apa puncanya ye ?
Pelakon dan model terkenal, Nur Fazura bertindak memaki hamun wartawan di twitter kerana tidak berpuas hati dengan laporan sebuah akhbar tempatan berhubung gosip kononnya dia enggan menjawab kontroversi bercium dengan kekasih hati, Randy Seidman.
Sehubungan dengan itu, Fazura kini dicop oleh media sebagai artis yang mahu bermusuh dengan wartawan.
Untuk menjelaskan isu ini, Fazura menerusi Berita Harian memberitahu bahawa dakwaan yang ditujukan kepadanya itu lebih bermotifkan balas dendam.
Lihat sendiri situasi itu dibawah ini .
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .