Raja Azmi sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuatnaik sekeping foto yang mengandungi tafsiran Al-Quran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Perkongsian itu disertakan dengan caption berbunyi "Tafsiran Surah An-Noor ayat 31;
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka , dan memelihara kehormatan mereka;
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,
Atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
Atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Menurut Raja Azmi , ayat Al Quran diatas , LANSUNG TIDAK MENYEBUT , wanita yg tak pakai tudung akan masuk neraka!
Akibatnya , ia mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikutnya sehingga isu sebelum ini berkaitan "tidak bertudung tidak akan masuk neraka" kembali hangat diperkatakan mereka.
Kemudian beliau meredakan suasana dengan jawapan dibawah :
"Saya rasa mereka sudah salah faham . Tiada niat untuk mempersoalkan apa-apa , cuma niat saya memuat naik gambar itu adalah sekadar untuk berkongsi .
Menutup aurat itu bagus dan saya juga faham aurat bukan sahaja merangkumi rambut malah tubuh badan juga . Terpulanglah pada mereka untuk tafsirkan".
Begitulah kisahnya .
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .