Sebenarnya ia hanya membuang masa , kerana perbandingan saya telah buat di sekitar 3-4 forum terkemuka Malaysia dan beberpa forum antarabangsa mengenai teori ini , saya mendapati majoritinya iaitu 99.99% termasuk saya , hanya bersepekulasi buta .
Jika insiden ini ialah satu kejadian "real" yang dilakukan oleh sesuatu organisasi atau kerajaan , ia seronok dispekulasikan dan diperbincangkan .
Malangnya ia melibatkan perancangan dan "permainan" 2-3 kerajaan , yang kita langsung tidak boleh menyentuh apa kemampuan dan agenda sebenar mereka .
Untuk analogi atau perbandingan , saya beri kes Altantuya untuk rujukan semua .
Bayangkan bila ia melibatkan konspirasi dan permainan kuasa tertinggi ini , kita hanya membuang masa membuat spekulasi kerana "mereka mampu mengawal pembolehubah dan keputusannya" .
Dalam kes Altantuya , Altantuya telah dibunuh dengan diletupkan menggunakan C4 , 2 orang polis telah dibicarakan dan kemudian didapati tidak bersalah .
Dan yang paling pelik ialah rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia iaitu dalam database Imigresen Malaysia telah DIPADAM .
Jadi persoalannya , siapa yang dibunuh oleh 2 orang anggota polis itu , memandangkan ALTANTUYA SECARA RASMINYA TIDAK PERNAH DATANG KE MALAYSIA pun .
Bagaimana seseorang manusia itu boleh dibunuh di tempat yang beliau tidak pernah jejakkkan kaki , gila ke apa ni ?
Nampak tak kalau kita membuat spekulasi dalam kes Altantuya dari awal , kita akan kecewa kerana semua fakta yang dikeluarkan secara rasmi adalah tidak logik dan tidak relevan , tetapi kita sebagai orang biasa , TERPAKSA MENERIMANYA walaupun 100% tidak masuk akal , kerana hanya orang gila boleh terima fakta sedemikian .
Samalah situasi yang berlaku dengan kehilangan MH370 ini , satu lagi retorik dan permainan kuasa tertinggi di Malaysia dan beberapa negara lain , orang yang membuat spekulasi UMPAMA SEMUT HITAM YANG BERJALAN DALAM MALAM YANG GELAP , DI BATU YANG HITAM , meraba-raba cuba mencari titik pertemuan yang tak kunjung bersambung .
Saya akan akhiri apa yang saya mulakan , dengan membentangkan bukti dan semua kontradiksi yang berlaku setakat ini .
1-2 entri saya akan buat hari ini , paling sedikit pun 2 entri , tunggu kupasannya .
Selesai hujahan saya , anda fikir sendiri betul atau tidak saya katakan ini ialah konspirasi pihak tertinggi Malaysia dengan bantuan 2-3 sekutu mereka .
Buang KENAPA, SIAPA , MENGAPA , DIMANA , BILA , jika masih anda fikirkan , kelak anda menyesal di kemudian hari dan rasa sangat membuang masa .
Tunggu kupasan saya hari ini , kemudian anda bandingkan bila "keputusan"nya keluar nanti .
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .