Selasa, 18 Mac 2014

Kenapa ? ... MH370 ....


1. Kenapa waris kepada penumpang MH370 mengatakan Najib berbohong?

2. Kenapa media di luar negara kata Najib tak ada otak?

3. Apakah radar tentera kita cukup kelengkapan untuk mengesan pesawat yang terbang rendah?

4. Kenapa ketika kita ada satelit sendiri, berita sepenting ini begitu lembap sampai ke telinga umum?

5. Kenapa pesawat hilang dari radar dan putus hubungan pada jam 1.07 pagi tetapi diumumkan MAS pada jam 7.15 pagi ?

6. Isyarat ini dapat dikesan di Utara Selat Melaka iaitu jauh dari laluan asal ke Beijing.

7. Kenapa Kapten Zaharie yang sedang bercuti dipanggil untuk bertugas secara mengejut?

8. Hishamudin dah beritahu kapten dan co-pilot tak minta ditugaskan bersama. Ni menunjukan mereka tak berkomplot. Jadi kenapa rumah mereka diserbu polis dan laporannya diperbesarkan seolah-olah hanya rumah mereka disiasat ?

9. Kenapa Amerika kata MH370 terhempas di sekitar Lautan Hindi dan kemudian Malaysia mengikut  ?

10. Satelit USA dapat mengesan Kota Iram yang tertimbus 30 kaki di dalam tanah , takkan lah MH370 tak boleh dikesan menggunakan satelit canggih mereka ?

11. Kenapa Parlimen Iran tuduh CIA rancang kehilangan pesawat ini?

12. Kenapa Zahid Hamidi marah sangat dengan Imigresen Malaysia?

13. Kenapa Muhyidin senyap jer tentang pesawat ini?

14. Flight tu dikatakan membelok ke kiri dan ke utara. Maknanya flight tu dua kali membelok. Dengan kapasiti minyak 7 jam lebih flight tu mampu sampai ke dua negara di atas. Tapi Najib tak sebut pun Mongolia. Betulkah begitu? 

7 jam juga masa yang diambil oleh MAS untuk membertahu kepada umum. Apakah persamaan jangkamasa MH370 hilang dan jangkamasa pemberitahuan kepada umum menunjukkan "sesuatu" , adakah ia telah dirancang atau kebetulan?

14. Kalo CIA-APCO berkomplot, ini tak mustahil kerana CIA ada tempat di Pejabat Peguam Negara, apakah CPC yang juga rakan UMNO mahu mendiamkan diri?

15. Siapa orang atasan yang arahkan Kapten Zaharie bertugas ketika dia masih bercuti?

16. Kenapa sistem keselamatan di pintu keluar-masuk negara nampak longgar? Bagaimana jika pengganas yang ada kepakaran di dibidang pemusnahan masuk ke dalam negara dan memusnahkan sesuatu atau dia membunuh seseorang yang penting di dalam negara ini?

17. Amat merbahaya jika kita tiada radar yang dapat mengesan flight yang terbang rendah kerana jika pesawat luar datang menyerang, kita akan terdedah kepada bahaya. Kerajaan Malaysia tak fikir ke benda ni?

18. Apakah satelit kita tak memberi tahu apa-apa signal dari flight berkenaan selepas jam 8. 15 pagi pada 8 Mac? Bagaimana dengan satelit-satelit milik China dan USA? Takkan semua berita itu bohong.

19. Kenapa di dalam penerbangan Malaysia masih tiada marshal atau polis udara yang ditugaskan menjaga keselamatan penumpang biarpun Peristiwa 11/9 di US dulu telah menunjukan WTC dan Pentagon dilanggar pesawat yang dipandu perampas? Adakah syarikat penerbangan kita suka bermain-main dengan nyawa manusia?

20. Adakah kerajaan kita terlibat dengan pihak tertentu dengan cara paksa atau berkopromi menghilangkan pesawat itu?

21. Kalau ianya berkait dengan krisis antarabangsa dah tentu pesawat ni berada di suatu lokasi yang tersembunyi. Jika begitu apakah kaitannya dengan kerajaan kita atau negara kita sekadar menjadi mangsa permainan pihak asing?

22. Mula-mula hanya 2 penumpang menggunakan pasport palsu dikesan , kemudian menjadi 4 , dan akhirnya 5. Setelah 2 hari berlalu , laporan rasmi mengatakan hanya 2 penumpang yang menggunakan pasport palsu , yang 3 lagi terus disenyapkan , benarkah hanya 2 penumpang yang menggunakan pasport palsu ?

23. Begitu cepat Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan bahawa 2 penumpang yang menggunakan palsu yang menaiki MH370 , langsung tiada kaitan dengan pengganas , adakah ini SOP polis , membuat kenyataan tanpa menyiasat dengan teliti dan terperinci yang memerlukan banyak masa , memandangkan yang terlibat ialah rakyat negara asing ?

24. Adakah perkara biasa penumpang menaiki pesawat penumpang menggunakan pasport palsu dan kemudian pesawat yang dinaikinya itu HILANG ? Adakah ini perkara normal bagi pesawat negara lain , memandangkan IA SEPERTI PERKARA BIASA BAGI MALAYSIA ?

25. Kenapa penumpang yang menggunakan pasport palsu ini TIDAK MENJADI TUMPUAN SIASATAN ?

26. Kenapa Panglima TUDM berdolak-dalih tentang radar yang mengesan MH370 pada 8 Mac 2014 itu ?

27. Kenapa Ketua Pengarah Imigresen Malaysia menipu dengan mengatakan penumpang yang menggunakan pasport palsu mamasuki Malaysia menggunakan pasport palsu yang sama , sedangkan Interpol dengan bukti Kedutaan Iran di Malaysia , mengesahkan mereka memasuki Malaysia menggunakan pasport Iran , dan hanya menggunakan pasport palsu semasa menaiki MH370 ?

Fakta No. 27 ini sangat kritikal dan nampak bagaimana modus operandi mereka yang licik dan sepatutnya mereka disyaki sebagai dalang utama dalam kehilangan MH370 . Tetapi ia tidak berlaku , kenapa ?

28. Kenapa Zahid Hamidi mengeluarkan fakta yang sangat bertentangan mengenai rupa penumpang yang menggunakan pasport palsu , bercanggah pula dengan penerangan dari Ketua DCA ? Bila fotofit keluar dari CCTV , didapati rupa mereka lebih mirip kepada orang Arab , atau adakah Zahid Hamidi dan Ketua DCA buta semasa mengeluarkan kenyataan mereka ?

29. Semua laporan rasmi dan kenyataan rasmi dalam Sidang Media , akan diubah pada hari keesokannya , semenjak hari pertama , kenapa ?

30. Kenapa Kapten Zaharie digambarkan sebagai seorang saspek bila dia memilikki simulator penerbangan di rumahnya sedangkan beliau ialah seorang pilot , apa masalahnya ? Lainlah beliau seorang penoreh getah atau pengangkat najis, pelik jugak , so kenapa ?

31. Kenapa teori Kapten Zaharie iaitu pilot MH370 membunuh diri terus dimainkan oleh Hishamudin sehingga semalam iaitu 17 Mac 2014 , sedangkan dengan jelas , info dan fakta yang diterima dari penyisat luar negara , menyatakan perampas MH370 melarikan diri dari radar , mana relevannya orang nak bunuh diri buat macam tu ?

32. Kenapa isteri seorang pilot MAS meluahkan rasa syukurnya di wall Facebook pada 8 Mac 2014 , kerana suaminya yang sepatutnya mengemudi MH370 pada masa kejadian digantikan oleh Kapten Zaharie pada saat akhir , adakah beliau gila atau buta macam Zahid Hamidi dan Ketua DCA , semasa membuat postnya di wall Facebook ?

33. Kenapa 2 orang staff MAS membuat post di wall Facebook mereka pada 8 Mac 2014 dan menyatakan MH370 telah selamat mendarat di Nanning , China , kenapa ?

34. Kenapa Twitter TV3 juga melaporkan pada 8 Mac 2014 , yang MH370 telah selamat mendarat di Nanning , China , sekali lagi , kenapa ?

35. Kenapa Menteri-menteri  Malaysia , Ketua DCA , Ketua Pengarah Imigresen Malaysia , Panglima TUDM dan Ketua Polis Negara berbohong dalam kenyataan rasmi mereka dan kemudian tertangkap pula oleh pembohongan mereka itu  , kenapa ?

Dan lebih banyak KENAPA yang saya boleh timbulkan dan IA TETAP TIADA JAWAPAN .

Nota: Kebanyakan fakta yang ditimbulkan dalam entri ini , anda boleh semak rujukan dan buktinya dalam blog ini , cuma kali ini saya malas mahu memberikannya secara terus kerana telah letih dengan permainan dalam "drama" kehilangan MH370 ini .

Saya bukan sembang kosong dan menggunakan sentimen emosi sahaja bila mengemukan pertanyaan ini .

Bukti telah banyak saya paparkan dalam blog ini jika anda komited mencari kebenaran .

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates