Seperti dinyatakan sebelum ini , saya akan mengakhiri spekulasi saya berkaitan MH370 pada hari ini juga .
Tak banyak yang boleh dikongsikan lagi , kerana hampir kesemuanya , telah saya dedahkan dalam blog ini , anda perlu rajin sahaja untuk membaca semua entri saya sebelum ini untuk mengetahuinya .
Kalau anda perhatikan , kita semuanya "terperangkap" dalam satu loop yang tidak berkesudahan , kerana permainan kuasa-kuasa besar ini .
Saya tidak menuduh Malaysia terbabit secara langsung dalam konspirasi ini atau menjadi dalang utama , tetapi Malaysia bersubahat , itu jelas .
SOP polis dan TUDM semuanya tidak dilakukan dengan sepatutnya , memang sangat pelik , begitu juga Imigresen Malaysia .
Bayangkan ini semua pihak yang mengawal keselamatan Malaysia , kalau ia begitu longgar sebegini , seperti yang dizahirkan dalam kes kehilangan MH370 ini , nescaya entah berapa juta perisik atau orang asing yang telah "tembus" dan berada di Malaysia sekian lama ini , tidakkah ia menakutkan anda semua ?
Bayangkan pasport palsu juga dianggap perkara biasa dan tiada siasatan rapi dan menyeluruh dilakukan , dan kemudian menaiki MH370 , yang kemudiannya hilang , polis siasat 2 hari sahaja dan boleh keluarkan kenyataan rasmi , PENUMPANG YANG GUNAKAN PASPORT PALSU INI BUKAN PENGGANAS , dalam erti kata tidak merbahaya .
Jadi kenapa MH370 hilang semasa mereka menaikinya ? Tanyalah mana-mana kerajaan lain atau polis lain didunia , bila orang yang menggunakan pasport palsu menaiki pesawat , dan kemudian pesawat itu hilang , pastinya mereka ini akan menjadi saspek utama .
Tetapi bukan di Malaysia!
TUDM juga boleh membiarkan objek tidak dikenali berlegar-legar di ruang udara Malaysia tanpa menyiasatnya , semakin pelik .
Kenyataan yang bercanggah , laporan rasmi yang tidak rasmi , kerana keesokannya akan diubah , menambah lagi senario kekalutan dan nampak ada banyak maklumat penting yang disembunyikan dari pengetahuan umum berkaitan kes ini .
Seperti entri sebelum ini yang bertajuk Kenapa ...MH370 , banyak kepelikan dan benda tak masuk akal berlaku dalam kes pengumuman kehilangan dan penyiasatan MH370 yang hilang ini .
Nampak seperti tiada urgency seolah-olah ia tidak begitu penting dan sengaja melengah-lengahkan masa , tapi untuk apa ?
Terlampau banyak SOALAN dan terlampau sedikit JAWAPAN yang boleh disediakan dalam kehilangan MH370 ini .
Jadi saya akan akhiri perbincangan dan spekulasi kehilangan MH370 ini kerana ia jelas melampaui pengetahuan saya dan banyak pihak di Malaysia ini yang tidak konsisten memberikan maklumat .
Saya akan terima sahaja bila keputusan atau bila saat MH370 ini dikumpai tak kira sama ada ia berita baik atau berita buruk , tanapa perlu memikirkan KENAPA ia terjadi , BAGAIMANA ia terjadi , SIAPA SEBENARNYA yang terlibat dan sebagainya .
Kerana akhirnya ia akan membuang masa kerana MEREKA boleh mengawal segalanya dan menentukan apakah keputusan yang akan keluar nanti , walaupun ia sebenarnya SANGAT BERBEZA DARI APA YANG BELAKU SEBENARNYA , wassalam .
Pasport palsu atau Pasport curi
BalasPadamSbb kedua2nya adalah berlainan
Jadi bro nak cakap budak iran yang gunakan pasport orang berumur 61 TAHUN tu, tak ubah apa2 pd pasport dia ?
BalasPadamcamane dia boleh lepas dgn gambar org puteh tua yg dah umur 61 tahun tu, kalau dia tak palsukan gambar dn umur pd pasport yg dia curi tu, care to explain ?
bila dah ubah gambar dan umur, dah bukan nama pasport palsu ke ?
pasport palsu ialah pasport yang digunakan tanpe mengubah apa2 data atau maklumat pd pasport itu
Sebenarnya..isu ini hanya mengalih perhatian daripada isu anwar dan isu pilihanraya yang bakal berlangsung di beberapa negeri.
BalasPadamJuga inilah hasil yang dibayar jutaan ringgit kepada apco. Maka terhasillah drama mh370. Jangan terperanjat, sekiranya berita sebenar adalah lusr dari pertemuan dan andaian yang telah dibust..
kerana tulah saya malas nak update lagi tuan
BalasPadamdorang boleh kontrol seua keputusan dia
Sori bro, mmg anda dh stop dgn penulisan pasal MH370 sbb clueless, tp sy x nk ditinggalkan dlm kegelapan. Maaf menarik anda ke dalam persoalan misteri ini. Jika benar mereka telah menjumpai ac di selatan lautan hindi pada hari ini, alhamdulilah sekurang-kurangnya terungkai satu kemuskilan, tetapi sebelum misteri-misteri kenapa ac tu boleh smpi di situ, sy cuma nk menambah kemuskilan iaitu, dua hari sebelum berita penemuan serpihan oleh Austrlia, NTSB ada memaklumkan pada Msia tentang possible route yg berada di luar lingkaran dua rabung yg dicdg kan oleh msia. Then siap ada posibble area yg entah adakah secara kebetulan ker, ari ni mereka terjumpa serpihan yg dipercayai dr MH370... OJ (Otak Berjerebu)
BalasPadamtak pe bro
BalasPadamsaya tak nak sambung lg bila tgk byk bnda tak msk akal dlm kes ni
mksdnya keputusan dorang boleh remote , dorang leh tntukan apa akan jadi dn apa tak akan jadi
penat je pikir kalau kes dah jd camni kan, tu yg malas nk amik tau lagi
info dan teori byk lg sbnrnya , tp biar lah sy smpan sndiri