7.21 malam - MH6534 berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur .
7.46 malam - MH6534 berada di ruang angkasa Batu Arang , setinggi 4000 kaki .
7.47 malam - Pilot MH6534 melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara "6534 going
around" dan pusat menjawab "6534 is cleared to land, surface wind calm" .
Pilot kemudiannya melaporkan sekali lagi kepada pusat kawalan dgn berkata "overshooting" , sebuah kapalterbang yang berada berhampiran MH6534 , bertanya "whats your problem" dan dijawab , "we have an emergency on board" .
7.50 malam - MH6534 memberitahu "maintaining 3000 coming over Kuala Lumpur (beacon) in two minutes, hijacker on board" , dan pusat menjawab , "cleared to land on runaway 33 with no delay" , tetapi dijawab kembali oleh MH6534 , "we are now proceeding to Singapore" dan "understand message receive". Pusat menjawab "message received , understood" .
8.05 malam - Pusat mengarahkan MH6534 menghubungi kawalan trafic Singapura dengan radio frekuensi Singapura , pusat kawalan di Kuala Lumpur memaklumkan Pusat Kawalan Singapura situasi MH6534 , dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki .
8.12 malam - Pusat Kawalan Singapura membenarkan MH6534 turun ke paras 7000 kaki .
Kemudian perhubungan Pusat Kawalan Singapura terputus hubungan dengan MH6534 .
8.30 malam - Mengikut laporan polis MH6534 berada di ruang udara Tanjung Kupang ketika itu .
Seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan MH6534 kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula , dan disaat itu kapalterbang itu meletup .
Selepas ia meletup di udara MH6534 terhempas ke tanah , dan meletup sekali lagi.
- Jumlah korban 100 orang , 93 penumpang , 7 orang anak kapal antaranya:
* Pilot Kapten G.K Ganjoor
* Pembantu Pilot Kamarulzaman Jalil
* Pramugara - Karim Tahir , Onn jaafar
* Pramugari - Sharifah Sidah , Azian Borhanuddin
- Antara penumpang yg terkorban:
* Menteri Pertanian, Datuk Sri Ali Ahmad
* Ketua Pengarah JKR , Tan Sri Mahfuz Khalid
* Pengarah Kerjaraya Bahagian Tentera , Datuk Khalid Mohamad
* Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican
* Setiausaha Politik Datuk Sri Ali Ahmad , Hood Fadzil
* Duta Cuba ke Malaysia , Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya
- Antara teori rampasan MH6534:
* Dirampas oleh ahli Tentera Merah Jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, Tan Sri Ghazali Shafie)
* Satu lagi kemungkinan ialah dirampas oleh penentang kerajaan Cuba..
* Mungkin juga dirampas militan Vietnam - Singapura telah menahan 3 org militan Vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC3 Air Vietnam sebelum kejadian rampasan.
Perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan rakan seperjuangan mereka .
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .