Entri original dibawah ini :
Info Terbaru Yang Tidak Berapa Lawak Berkaitan Kehilangan MH370
Persoalan-persoalannya ialah :
1. Jadual penerbangan tiada perubahan
2. MH370 bawa manggis 3 tan dalam penerbangan ke Beijing
3. Kemungkinan besar pilot iaitu Kapten Zaharie membunuh diri
4. Cakap "alright" pun bukan perkara biasa
Sekarang saya akan jawab satu persatu dengan bukti .
1. Jadual penerbangan tiada perubahan
Pilot yang bernama Anas Mazlin sepatutnya menerbangkan MH370 pada malam itu dan digantikan oleh Kapten Zaharie pada saat akhir .
Isterinya sangat bersyukur kerana beliau digantikan oleh Kapten Zaharie dan melahirkan kesyukuran beliau pada post di wall FB nya pada siang 8 Mac 2014 . Klik link dibawah untuk bukti .
Adakah beliau iaitu isteri Kapten Anas Mazlin ini tiba-tiba menipu semasa menghantar post di wall FB nya atau adakah beliau rasa seperti relief atau lega , kalau tidak pasti , suami beliau yang hilang hingga ke hari ini , mana rasionalnya ?
Begitu juga post kawan-kawan lain Kapten Zaharie di wall FB mereka menguatkan lagi info ini .
Anda boleh dapatkan komen mereka dengan klik link di bawah:
Jadi telah ada lebih satu saksi mengatakan Kapten Zaharie bukan orang yang sepatutnya menerbangkan MH370 pada pagi 8 Mac 2014 itu dan IA SANGAT KONSISTEN .
Kalau dalam perbicaraan di mahkamah sekalipun, bagi saksi yang mengemukakan info yang tidak konsisten dan kemudian selalu bercanggah , maka info itu akan ditolak sebagai bukti .
Saya faham , ramai telah membaca laporan rasmi dari MAS yang mengatakan jadual memang tetap dan Kapten Zaharie memang tahu beliau yang ditugaskan untuk menerbangkan MH370 , perlu diingat dalam KEBANYAKAN SIDANG AKHBAR KEHILANGAN MH370 , 90% info yang diberitahu hari ini AKAN DITUKAR ESOKNYA!
Jadi siapa yang anda hendak percaya , mereka yang tiada motif seperti isteri pilot yang sepatutnya menerbangkan MH370 dan kawan-kawan Kapten Zaharie , atau MAS yang telah banyak kali sebelum ini berdusta ?
Penipuan MAS dan Kerajaan Malaysia juga menjadi bahan mulut waris keluarga penumpang China hinggakan berlaku kekecohan dan insiden membaling botol air pada petugas MAS di Beijing , klik dibawah untuk bukti:
2. MH370 bawa manggis 3 tan dalam penerbangan ke Beijing
3. Kemungkinan besar pilot iaitu Kapten Zaharie membunuh diri
Bagi saya , ia langsung tidak relevan memandangkan data dan kronologi yang telah diakui , menunjukkan MH370 telah dirampas , jadi apa relevannya isu kemungkinan Kapten Zaharie membunuh diri ditimbulkan semula oleh Hishamudin ?
Tidakkah ini hanya menunjukkan kebodohan menteri ini ?
Kalau teori MH370 masih hilang dan disyaki terhempas , memang kita masih boleh dengar kemungkinan ini .
Tapi jelas data dan info yang didapati dari penyiasat luar , mengesahkan bahawa pesawat ini sengaja melarikan diri dari radar dan terbang lebih 6 jam selepas itu , sekali lagi saya bertanya pada Hishamudin, apa relevannya beliau masih berbicara mengenai kemungkinan Kapten Zaharie membunuh diri ?
Fahamkah anda kenapa kebanyakan keluarga warispenumpang sangat marah kerana sentiasa ditipu oleh MAS dan kerajaan Malaysia ?
4. Cakap "alright" pun bukan perkara biasa
Ini pun hendak dijadikan isu , sama macam isu buah manggis 3 tan , dan ia hanya menunjukkan ketidak pandaian penyiasat Malaysia walaupun konon-kononnya ia ditumpukan untuk tahu bila dialog ini diucapkan sama sama sebelum isyarat dimatikan atau selepas isyarat dari MH370 dimatikan .
Sama macam info kemungkinan Kapten Zaharie membunuh diri , isu ini sengaja disensasikan dan ditumpukan, supaya penyiasat lain memberi tumpuan pada isu ini walaupun ia tidak relevan sebenarnya .
Kalau pesawat telah dirampas oleh pengganas juga, mereka boeh memaksa pilot dan co-pilot membuat apa yang mereka suka , itu patutnya skop yang perlu diambil kira selepas disahkan MH370 dirampas .
Ada kemungkinan tak pilot telah dipaksa , co-pilot telah diugut dan sebagainya , ada atau tak , isu ini ditimbulkan , kenapa agaknya tidak ditimbulkan , sedangkan kemungkinannya juga adalah tinggi juga ?
Kenapa isu yang ditimbulkan seolah-olah CONFIRM 100% Kapten Zaharie yang merampas MH370 ini ?
Kenapa isu Kapten Zaharie membunuh diri juga ditimbulkan sekali lagi hari ini sedangkan jelas ia langsung tidak relevan selepas info terbaru yang didapati ?
Saya tidak pelik jika ia ditimbulkan oleh orang luar , ini ditimbulkan oleh menteri Malaysia yang kurang cerdik
MAS juga langsung tidak mengambil inisiatif apa-apa mempertahankan staffnya iaitu Kapten Zaharie seolah-olah Kapten Zaharie ini staff Garuda Air atau Qantas je, sedangkan ia hanya teori sahaja dan tiada bukti konkrit membuktikan Kapten Zaharie lah dalangya .
Kes dua penumpang Iran yang menaiki MH370 menggunakan pasport palsu juga langsung tidak ditimbulkan , adakah perkara biasa , penumpang menggunakan pasport palsu bila menaiki pesawat penumpang dan kemudian pesawat penumpang itu hilang!
Adakah ia hanya kes biasa ????
Saya tinggalkan anda sendiri membuat keputusan .
Capt Zaharie seolah-olah dikambinghitamkan utk satu komplot terancang. Mungkin atas dasar masalah rumahtangga dan penglibatan beliau dgn PKR, menjadikan beliau sasaran yang sgt mudah. Hanya padangan 10sen sy saja.
BalasPadamnampak pun mcm tu, yg paling sedih hishamudin boleh timbulkan balik isu bunuh diri tu sdgkan dah jelas2 mh370 ni lari menyorok dan mnyorok dr radar bagai utk lari
BalasPadamkalau nak bunuh diri , elok je start je, naik altitude plg tinggi , terus junam pd 0 degree, wassalam
kes penumpang guna pasport palus langsung tak disentuh, SOP MALAYSIA MMG BIASA KOT PENUMPANG NAIK PESAWAT GUNA PASPORT PALSU DAN KEMUDIAN PESAWAT ITU HILANG ?
patut2lah menipu pun