Jumaat, 18 April 2014

Zarul Rakam Lagu Baru


Bekas penyanyi utama kumpulan Umbrella yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka, Zarul kini ada buah tangan baru untuk peminat yang menanti lagu terbarunya.

Dia baru selesai merakam lagu duet bersama Marsha Milan Londoh berjudul Satu Rasa.


Setelah lama menyepi kerana sibuk dengan kerjaya sebagai peramugara Penerbangan Malaysia, nama Zarul jadi sebutan bila muncul menyanyikan lagu popularnya itu dalam sebuah acara anugerah yang diadakan tahun lalu.

Sejak itu banyak yang menanti buah tangan barunya.


"Lagu ini sesuai untuk duet sebab itu saya rakam dengan Marsha," kata Zarul.

Dia juga merancang merakam lagu solo pula selepas ini.


Dia sendiri mengeluarkan modal untuk rakamannya dan menggunakan khidmat Indigital untuk mempromosikan lagu tersebut.

Preview lagu yang belum siap adunan itu sudah dimuatkannya dalam laman Sound Cloud.

Boleh buat carian atas akaun Zarul Umbrella.

Kalau ada yang nak mendengarnya boleh melayarinya.

Zarul juga mempromosikan lagu tersebut dalam laman Facebook peribadi miliknya.

Dalam Sound Cloud Zarul turut memuatkan vokalnya menyanyikan beberapa buah lagu popular serta lagu Umbrella yang dirakam secara unplugged.

Sumber M-O

3 comments:

  1. Tenkiu tuan atas tulisan ni tp kalau gambar dpt ditukarkan kepada artwork cover lagu Satu Rasa tu lagi cun, artwork tu boleh dapat kat FB dan IG saya thank you

    BalasPadam
  2. sama2...wahh tuan badan yg respons,hehe

    pekabo bro zamarul ?

    sy quote pun dr mangga online bro, dorang pun letak gambar bro je, psl tu sy letak gambr bro je , harap maklum, tq

    BalasPadam
  3. pasal bro zamarul sndiri suggestkan, sy telah cari gambar artwork album tu daj dipaparkan disini, edited entry

    good luck bro zamarul , tak nak sambung naynyi lagu slow rock mcm "ramalanku benar belaka" ke ? tq

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates