Jumaat, 14 Mac 2014

Info Paling Gempar Saya Boleh Katakan Berkaitan Kehilangan MH370


Saya sendiri rasa takjub pada info ini , bila saya membaca kembali hari ini walaupun ada ditampal di FB sebilangan orang Malaysia yang lain .

Keseluruhan kandungannya mungkin ada yang mengarut , tapi ada 2-3 fakta penting yang saya dapat baca dahulu , sebelum dilaporkan oleh media di Malaysia!

Kenapa saya rasa takjub pada hari ini dan bukan semalam , atau esok?

Sebabnya saya dapat info ini pada malam 8 Mac 2014 , tarikh yang sama , selepas kejadian MH370 hilang

Saya pun baca kandungan info yang saya dapat itu dan tersenyum sinis ,"langsung tak mempercayai satu fakta" pun dalam info yang saya terima itu .

Jadi kenapa saya berasa takjub sekarang , mesti anda semua nak tahu kan ?

Sebabnya , semasa penulis yang menulis info ini menulis info ini , dan semasa saya membaca info itu iaitu pada malam 8 Mac 2014 , lokasi terakhir dari MAS dan Kerajaan Malaysia ialah MH370 hilang diradar menara kawalan.di kedudukan Laut China Selatan .

Hinggalah kenyataan akhbar pada 11 Mac 2014 , ia memetik laporan Panglima TUDM pada 10 Mac 2014 , yang menerangkan , ada kemungkinan MH370 berpatah balik ke Pulau Perak yang berada di utara Semenanjung Malaysia dari lokasi terakhir ia dilaporkan hilang pada hari pertama iaitu pada 8 Mac 2014 , iaitu di Timur Laut , kawasan berdekatan Laut China Selatan .

Jadi secara logiknya , semua orang Malaysia termasuk saya sehingga 11 Mac itu menyangka , kalau MH370 terhempas atau hilang pun , pastinya disekitar Laut China selatan di Timur Laut Malaysia .

Jadi kenapa saya takjub akan info itu hari ini , dan , kenapa saya kata ia sangat signifikan , bila saya baca kembali info tersebut , hari ini iaitu 13 Mac 2014 ?

Sebelum saya beritahu, mari saya ingatkan anda semua pembaca entri ini rentetan atau sejarah yang telah berlaku.

8 Mac 2014 Pukul 1.30 pagi , MH370 dilaporkan hilang dari radar
Berita MH370 hilang di Laut China Selatan

Semua orang di Malaysia hanya tahu MH370 hilang di Laut China Selatan , setuju ?

Kemudiannnnnn...

Pada 11 Mac 2014 , keluar pula berita dibawah :
TUDM Sahkan MH370 Bergerak Ke Utara Semenanjung

Ok jadi TIADA ORANG AWAM TAHU MH370 DIKESAN OLEH RADAR TUDM BUTTERWORTH SEHINGGALAH BERITA INI DITERBITKAN PADA 11 MAC 2014

Mungkin juga yang mengetahuinya ialah wartawan yang menemuramah Panglima TUDM pada 10 Mac 2014

OK apa yang akan dedahkan disini pasti mengejutkan anda .

Saya dapat satu artikel panjang mengenai apa yang berlaku pada MH370 , pada PUKUL 9 lebih MALAM , 8 MAC 2014!

Didalam itu dinyatakan , PESAWAT MH370 MENUKAR ARAH KE ARAH UTARA UNTUK MENGELAK TENTERA LAUT THAILAND DAN MALAYSIA YANG BEROPERASI DI TELUK THAILAND DI BAHAGIAN TENGGARA BANGKOK , KERANA ITU MEMILIH UNTUK MELALUI BAHAGIAN BARAT THAILAND . KERANA ITUMEREKA MENUKAR ARAH KE SELAT MELAKA .

Perlu diingatkan , paling awal berita ini sampai ke pengetahuan orang lain ialah pada 10 Mac 2014 , jadi saya telah membaca info ini terlebih dahulu pada 8 Mac 2014 .

Tetapi pada masa saya membaca info dalam artikel itu pada malam 8 Mac 2014 itu , saya terus berkata ,"Mengarut!" .

Kesimpulannya artikel ini MENDAHULUI INFO YANG RAKYAT MALAYSIA DAPAT DARI MEDIA DI MALAYSIA .

Begitu juga info tentang Luigi Miraldi , rakyat Italy yang dipalsukan pasportnya dan digunakan oleh seorang Iran menaiki MH370 .

Info dalam artikel itu tepat kerana mengatakan , "Kerana passport milik Luigi Miraldi ini tidak mempunyai rekod kemasukkan ke Malaysia"

Simpan dalam fikiran anda , saya membaca dan mendapat artikel ini pada 8 Mac 2014 .

Tengok apa statement Interpol mengenai kemasukan penumpang yang menggunakan pasport palsu Luigi Miraldi :

"Berdasarkan kenyataan Ketua Setiausaha Interpol, Ronald Noble, mereka hanya menggunakan pasport curi di Malaysia apabila menaiki penerbangan China pada 8 Mac.

Dalam satu kenyataan rasmi, Interpol juga menyatakan bahawa Biro Pusat Kebangsaan di Tehran mengesahkan identiti dua warga Iran itu "menggunakan pasport tulen untuk perjalanan ke Kuala Lumpur".

Jadi jelas , tiada rekod kemasukan Luigi Miraldi ke Malaysia! 

Lihat link berita yang diterbitkan pada 12 Mac 2014 sedangkan saya telah membacanya terlebih dahulu pada 8 Mac 2014 :
Pengguna pasport palsu gunakan pasport tulen semasa memasuki Malaysia

Ok dibawah artikel yang saya nyatakan itu , saya hanya menyedari "keajaibannya' ,  bila saya baca kembali artikel itu siang tadi iaitu pada 13 Mac 2014 .

Semasa saya membaca artikel itu kali pertama iaitu pada 8 Mac 2014 , perkara yang dinyatakan belum didedahkan pada umum , pelik tak ?

Nota: Anda tidak perlu baca kesemua fakta dalam artikel ini , beri sahaja tumpuan pada yang merah dan bold , dan bandingkan tarikh saya dapat baca artikel ini dan tarikh beritanya dipaparkan di media umum , anda pun akan berasa pelik , bagaimana penulis boleh mengetahuinya!



TEORI  MH370

1. Adakah MAS merahsiakan perbualan antara perisik XXX dengan menara kawalan kepada kerajaan, rakyat malaysia dan seluruh dunia?
Kenapa nak rahsiakan??
Adakah takut sebab kawalan keselamatan terlalu longgar?
Kenapa setelah sejam lebih pesawat hilang dari radar, tapi mereka masih lagi berkomunikasi dengan pesawat??
Apa isi perbualan mereka??

2. Radar untuk tujuan komersial tidak secanggih seperti untuk tujuan ketenteraan.. maka radar jammer dari pasar gelap sudah memadai untuk "menghilangkan" pesawat dari radar di menara kawalan Subang

3. Setelah "menghilangkan" pesawat dari radar, pesawat patah balik untuk ke destinasi XXX (destinasi ini saya tidak pasti di mana), pesawat terus berlegar di ruang udara malaysia, iaitu di kawasan Banjaran Titiwangsa selama sejam lebih sambil masih lagi "berunding" dengan menara kawalan..

4. Kenapa pertahanan Malaysia tidak dapat kesan pesawat itu ketika berlegar di udara Banjaran Titiwangsa?
Kerana di situ pertahanan udara kita paling lemah..

5. Rundingan dengan menara kawalan gagal setelah 2 jam lebih.. perisik XXX putuskan hubungan dengan menara kawalan di Subang..
Perisik XXX terus menerbangkan pesawat ke lokasi XXX

6. Saya gunakan istilah "perisik" kerana hijacker ini bukannya pengganas, tapi seorang perisik dari negara XXX (antara kuasa besar dunia)..
Sebab itulah sehingga sekarang tiada pengakuan dan tuntutan di media massa..
Semua rundingan adalah secara tertutup antara pemimpin negara kuasa besar..

7. Ketika pesawat bergerak ke lokasi XXX, perisik tiba-tiba menukar laluan, dan pesawat didapati terbang di Selat Melaka, menuju ke utara (Thailand)..
Ketika ini, radar pertahanan udara Malaysia dapat mengesan kehadiran pesawat asing ini (kerana pertahanan udara Malaysia di Selat Melaka adalah lebih baik dari di pantai timur dan Banjaran Titiwangsa)..

8. Tetapi pihak pertahanan masih lagi clueless tentang rampasan ini, kerana pihak menara kawalan TIDAK PERNAH MEMAKLUMKAN KEPADA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

9. Pesawat terus menuju ke thailand.
Thailand dapat tahu dan terus memaklumkan kepada seluruh ketenteraan mereka, termasuk pangkalan udara milik Amerika di Thailand (lokasi rahsia)

10. Ketika pihak Thailand cuba menghubungi pesawat MAS tersebut, perisik XXX cuba menipu dengan mengatakan pesawat mereka tersesat..
Jet Amerika cuba intercept dan tembak pesawat, tetapi perisik XXX cuba berunding dengan Amerika dan Thailand

11. Rundingan di Nanning , China , kerajaan Malaysia TIDAK TAHU MENAHU pasal ini..
Rundingan hanyalah melalui negara XXX, YYY, ZZZ dan mungkin beberapa negara lain

12. Pihak MAS baru maklumkan kepada umum pesawat MH370 hilang setelah benar-benar pesawat itu disahkan tidak mendarat di Beijing (jam 7 pagi lebih).
Kenapa lambat sangat nak sahkan MAS??
Kamu ingat perampas itu main-main ke??

13. Ketika ini barulah kerajaan Malaysia maklum dan seluruh dunia gempar dengan berita ini.. akibat kurangnya maklumat dari pihak MAS (pesawat tiba-tiba hilang, tak ada sebarang petanda) maka kerajaan mulakan SAR agak lambat .

14. Saya tidak pasti sampai bila baru pemimpin negara Malaysia dimaklumkan perkara sebenar oleh negara XXX,YYY dan ZZZ .
DS Najib cuma mengikut arahan dari negara XXX, YYY, dan ZZZ untuk kumpul keluarga mangsa, cari di situ, cari di sini, buat itu buat ini..
Tapi rasanya sekarang mereka sudah dimaklumkan.

15. TIADA APA-APA YANG BERLAKU DI LAUT CINA SELATAN.
Tiada.. semua penemuan kononnya debris, tompokan minyak, claim dari navy negara XYZ kononnya dah jumpa bangkai dan lain-lain adalah..
Saya tidak pasti dan tidak berani nak buat andaian..
Yang pasti negara2 kuasa besar dah hantar armada ketenteraan mereka di kawasan yang kononnya tempat pesawat terhempas

16. Malaysia serta negara lain yang "tak tahu apa-apa" meneruskan usaha mencari..
Ketenteraan kita BARU PERASAN mereka pernah kesan satu pesawat asing di Selat Melaka (adakah saya yang ingatkan mereka hahahaha)
Maka mereka terus membuat pencarian di Selat Melaka , kerana andaian mereka di situlah kali terakhir malaysia mengesan pesawat itu

17) Ketika jet Amerika hampir memintas pesawat MAS di Thailand, perisik XXX berunding dengan negara Amerika agar "melepaskan" pesawat itu dan memaklumkan pesawat itu adalah pesawat komersial dan mengandungi 200 lebih penumpang

18. Amerika bersetuju, mungkin ada yang pelik mengapa USA boleh bersetuju dengan mudah..
Ini kerana perisik itu BUKANNYA PENGGANAS tetapi dari negara XXX..
Pihak amerika memaklumkan kejadian ini kepada negara XXX , dan negara XXX mengesahkannya..
Pada mulanya Amerika demand pesawat itu mendarat di Thailand, tetapi akhirnya terpaksa akur permintaan perisik XXX untuk mendarat di Nanning.. Kenapa nanning?? Saya belum mahu hurai lebih lanjut..

19. Dipendekkan cerita, ketika mendarat di Nanning, sepatutnya pendaratan MH370 di Nanning dirahsiakan, tetapi terbocor juga oleh beberapa orang pegawai lapangan terbang yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang pendaratan cemas ini serta MISI RAHSIA negara XXX..
Akhirnya cerita pendaratan pesawat MH370 di Nanning berjaya diputarbelitkan sebagai hoax

20. Apa isi rundingan di Nanning ? Mengelakkan PERANG DUNIA KETIGA

21. Ketika rundingan, negara XXX mengugut untuk melancarkan perang dunia ketiga seandainya misi mereka ini dibocorkan..
Negara YYY, ZZZ dan beberapa negara lain (saya yakin Malaysia tidak terlibat dalam rundingan ini) terpaksa bersetuju

22. Jadi, apakah sebenarnya tujuan pesawat itu dihijack??
Sebenarnya hijack itu hanyalah backup plan dari perisik XXX seandainya identiti dan operasi beliau berjaya dikesan oleh perisik dari negara lain yang turut sama berada di dalam pesawat tersebut..
Semalam saya ada dedahkan salah satu nombor passport perisik iaitu YA3189197,
Nama pemilik passport ini ialah Luigi Miraldi, tetapi didapati passport ini adalah passport curi (cepat sungguh negara mereka tutup cerita)

23. Saya ada terbaca berita dari China, di mana ahli keluarga cuba hubungi telefon bimbit salah seorang penumpang pesawat, dan berjaya, tetapi tidak diangkat atau disahut..
Ya, memang la, sebab pihak negara XXX lupa nak off henset mamat tu setelah dirampas..

24. Pada mulanya, pihak yang berunding berusaha untuk cari jalan untuk tutup cerita rampasan ini untuk kepentingan bersama..
Mereka cuba membawa ahli keluarga terdekat penumpang untuk berunding di satu tempat rahsia (kemungkinan di Nanning)..
Antaranya, mungkin penumpang yang terlibat terpaksa dipalsukan kematian mereka, dan pihak yang berunding akan cuba untuk membuat seolah-olah pesawat itu benar-benar telah terhempas, tetapi banyak kali kantoi..
Banyak kali mereka terpaksa tarik balik statement..

25. InsyaAllah, sama-sama kita doakan mereka semua masih hidup

26. Kenapa Nanning?

27. Setelah berjaya merampas pesawat ,  perisik bertindak untuk menerbangkan pesawat ke lokasi XXX untuk tujuan sabotaj (?)

28. Sebelum itu perisik ada membuat tuntutan kepada menara kawalan untuk menyambungkan talian kepada Putrajaya, tetapi menara kawalan enggan bekerjasama

29. Pesawat menuju ke utara menggunakan laluan Selat Melaka..
Pesawat terpaksa melepasi Thailand dari arah barat kerana PERISIK TIDAK MAHU MELALUI KAWASAN GULF OF THAILAND di sebelah timur , kerana di situ terdapat banyak kapal perang yang canggih, termasuk kapal perang dari Malaysia

30. Titik laluan pesawat ialah di kawasan sempit di Thailand iaitu di Phuket, Bangkok dan menuju ke Nanning (cuba lihat dekat peta, laluan dari Phuket, Bangkok dan Nanning adalah sat garis lurus)..
Nanning adalah daerah paling hampir untuk pesawat ke negara XXX (ya, negara XXX ialah China)..
Mereka cuma perlu melepasi ruang udara Thailand..
Untuk melepasi ruang udara Laos dan Vietnam tidak menjadi masalah kerana Laos dan Vietnam adalah sekutu rapat China

31. Ketika pesawat mendekati Bangkok, radar Thailand berjaya mengesan kehadiran pesawat ini..
Pada mulanya perisik cuba mengatakan pesawat mereka sesat dan sedang dalam masalah teknikal, tetapi bila keadaan menjadi agak tegang, Thailand meminta USA untuk pintas pesawat itu

Siapa perisik

32. Perisik XXX (berkemungkinan berjumlah 4 orang dan keatas) adalah dari 2-3 buah negara yang berpakat..
Tujuan mereka tidak lain tidak bukan, untuk mengkaji strategi dan lokasi strategik untuk persediaan WW3 (bahagian ASEAN)..
Kemungkinan besar mereka sedang membawa maklumat sulit bersama mereka..

33. Kalau ada yang tanya kenapa mereka tidak faks atau emelkan sahaja maklumat itu, kamu silap kerana maklumat yang melalui internet boleh dipintas oleh CIA dan sesiapa sahaja..
Mereka harus menghantar maklumat itu by hand..

34. Kenapa passport Eropah?
Pada hari pertama kejadian, saya sudah menyuruh sesiapa yang bekerja dengan Imigresen untuk semak rekod passport YA3189197,  kenapa??
Kerana passport milik Luigi Miraldi ini tidak mempunyai rekod kemasukkan ke Malaysia..

35. Salah satu passport curi tersebut membeli tiket dari KUALA LUMPUR - BEIJING - ARMSTERDAM - COPENHAGEN dan satu lagi KUALA LUMPUR - BEIJING - ARMSTERDAM - FRANKFURT..
Kedua-duanya dibeli melalui travel agent di Thailand, dan selang beza nombor siri e-tiket mereka hanyalah selang satu nombor..

36. Kenapa mereka memilih untuk melalui route itu??
Kerana jika masa transit untuk connecting flight dari BEIJING KE ARMSTERDAM kurang dari 72 jam, maka pre-arranged visa adalah TIDAK DIPERLUKAN..
Ini sangat penting kerana selain dari kedutaan China, pre-arranged visa juga memerlukan pengesahan dari kerajaan Malaysia bahawa penumpang telah memasuki Malaysia secara sah..

37. Biasanya pihak imigresen Malaysia dan pihak airport akan menyemak visa penumpang sebelum menaiki pesawat yang hendak ke china..
Tetapi oleh kerana tempoh transit tidak sampai 72 jam, maka visa tidak diperlukan..
Data passport mungkin boleh dipalsukan, tetapi data pre-arranged visa adalah sangat sukar untuk dipalsukan

38. Kenapa perisik XXX nak sangat ke China??
Ya, nak bagi maklumat sulit itu by hand kepada kerajaan China.. lepas tu terus honeymoon ke Eropah

39. Di dalam pesawat juga ada perisik dari negara lain (mereka juga sedang merisik perisik XXX)..
Dipercayai ada pergelutan sehingga perisik XXX terpaksa merampas pesawat

Apa yang berlaku di dalam kapal terbang?

40. Kemungkinan besar aktiviti rampasan bermula sejurus selepas isyarat tali pinggang dipadamkan (10-20 minit setelah berlepas)..
Pada waktu ini, pesawat sudah mula stabil dan krew sedang sibuk menyediakan snek untuk penumpang

41. Perisik XXX yang berjumlah 4 orang atau lebih menyedari kehadiran perisik lain di dalam pesawat dan mereka rasa tergugat.. Seperti teori saya sebelumnya, perisik XXX pada mulanya tidak merancang untuk hijack pesawat, tetapi untuk menjaga maklumat super penting yang mereka bawa, maka mereka terpaksa guna pelan B..

42. Para perisik XXX ada membawa alatan untuk merampas kapal terbang kerana ini adalah persediaan biasa bagi mereka untuk menghadapi sebarang kemungkinan..
Segala peralatan seperti radar jammer, mereka masukkan di dalam ruangan kargo dan berkemungkinan berbentuk seperti power bank atau sebuah laptop bagi mengaburi mata pegawai Imigresen

4. Sebelum bertindak, perisik XXX mengaktifkan alat penghalang komunikasi ke luar pesawat terlebih dahulu..
Ini untuk menghalang juruterang dari memaklumkan kejadian rampasan di dalam pesawat kepada menara kawalan..

44. Ketika rampasan, pilot menjadi panik dan cuba menghubungi menara kawalan, tetapi gagal.. pilot mencuba pelbagai cara termasuk menggunakan gelombang lain..
Kemungkinan besar ada pesawat berdekatan ada menerima signal mereka, tetapi tidak jelas

45. Perisik XXX berjaya memasuki kokpit setelah didesak atau diugut oleh perisik XXX..
Salah seorang perisik XXX berjaya mengambil alih stering, dan mengaktifkan kembali sistem komunikasi, lalu berhubung dengan menara kawalan

46. Seperti yang teori saya sebelumnya, perisik XXX meminta untuk disambungkan ke Putrajaya, tetapi menara kawalan enggan..
Perisik mengaktifkan radar jammer sebagai petunjuk kepada menara kawalan yang mereka boleh buat apa saja kepada pesawat..

47. Menara kawalan masih lagi tidak mahu bekerjasama..
Tujuan perisik XXX ingin berhubung dengan Putrajaya adalah ingin meminta putrajaya menutup kejadian yang berlaku dalam pesawat (mungkin perisik dari negara lain sudah tercedera atau terbunuh)

48. Rundingan semakin buntu, perisik membuat ugutan terakhir iaitu ingin ke lokasi XXX (lokasi sensitif negara) seandainya menara kawalan masih enggan bekerjasama..

49. Akhirnya perisik membatalkan hasrat untuk ke lokasi XXX..
Ini kerana sememangnya perisik XXX tiada niat hendak menyerang lokasi XXX, tetapi cuma untuk mengugut..
Diingatkan sekali lagi, perisik XXX bukannya pengganas, mereka cuma perisik upahan dan bekerja untuk duit.
Mereka tidak bersedia untuk mati demi sesebuah negara..

50. Perisik menuju ke utara melalui Selat Melaka

Kenapa malaysia?

51. Malaysia adalah lokasi strategik untuk melakukan intipan terutamanya sekitar kawasan Laut China Selatan menghala ke Kepulauan Spratly..

52. Ini kerana negara yang bersekutu dengan China seperti Russia, Iran, Vietnam, Cuba dan lain-lain , cuma untuk mencari kawasan strategik seandainya perang dunia ketiga bermula kelak

53. Dipercayai, China sangat berminat dengan Kepulauan Spratly sahaja..
Maka seandainya WW3 tercetus, kawasan yang akan berlaku peperangan hanyalah di gugusan pulau itu dan melibatkan ketenteraan laut sahaja..
China tidak berminat untuk menyerang tanah besar lain seperti Malaysia, Singapura, Filipina dan lain-lain..

54. Di Eropah, sekutu China, iaitu Russia sudah mula menempatkan askar mereka di Ukraine..
Kenapa Ukraine??
Ini kerana Ukraine adalah pintu masuk paling strategik dari negara Eropah lain jika nak ke Russia dan Asia melalui jalan darat (Syria dan Iraq sudah dikuasai awal-awal oleh Amerika..
Amerika sudah mulakan military placement mereka dari dulu lagi)

55. Selain Ukraine, negara lain adalah terlalu berbukit dan bergunung-ganang (Belarus dan Lithuania) dan terpaksa melalui
Rusia terpaksa mencetuskan huru-hara di Crimea kerana di sana sokongan rakyatnya terhadap Rusia adalah kuat (selain dapat menguasai jalan laut melalui Black Sea)

23 comments:

  1. copy dari carigold.com ke bro??

    BalasPadam
  2. Aku tertanya2, penulis ni dapat info dari mana? macam skrip movie la pulak...

    BalasPadam
  3. Cerita tu tak penting pun bos, byk citer kartun

    tapi tgk kupasan dan pertalian , tu yg pnting

    dan ia benar2 terjadi

    BalasPadam
  4. mmg dahsyat , pasal dia boleh tahu masa info tu tak pecah pd public lagi, mmg aku takjub

    BalasPadam
  5. Speechless...terkedu aku baca...fuii

    BalasPadam
  6. Penulis sedang menulis skrip utk cerita skyfall II...TUNGGU tayangan tahun depan 2015..

    BalasPadam
  7. penulis bg 2 point yg betul bro , so dia tulis skyfall atau apa2 filem pun syaa tak kesah

    sila baca balik 2 point yg saya kupas tu , lain2 point kalau tanya saya pun , sampai bila2 pun sy anggap tak logik

    kecuali jika mh370 dijumpai dan kronologinya sama , mmg saya akan sekagum2 dan takjub giler kat penulis ni

    tp buat masa ni, sya kagum dgn point dia yg mendahului masa tu , mh370 patah balik pergi selat melaka dan warga italy tu masuk malaysia tapi kalau cek rekod, mmg tak pernah dia tak pernah masuk mesia

    BalasPadam
  8. pd bro yg terkedu tu , bygkan camane lak saya rasa ?

    pd 8 mac tu malam sy dapat bdna ni , saya baca , sya pun kata mengarut la

    tp masa 13 saya baca balik , baru saya nmpk 2 point besar yg sangat betul dlm info yg penulis ni bagi

    sesiapa kat mesia pun takde maklumat tu shinggalah 11 mac 2014

    bro bygkan betapa terperanjyatnya saya masa baca balik info yg dia bg ni pd 13 mac 2014 tu

    BalasPadam
  9. Saya rasa ada betulnye......babnye kerajaan malaysia (menteri2 ) mcm selindungkan sesuatu bila bercakap. Takut pecah lubang. Entahlah tak taulah apa akan tejadi pd malaysia akan dtg. Rakyat yg susah,yg berkuasa menuding jari,lari tah kemana. Ya Allah kepadamu kami berserah,berilah petunjuk kepada kami.

    BalasPadam
  10. pasal tu ramai buat spekulasi bro...dan maslaahnya mcm info yg saya dapat ni , ada 2 point besar yg mendahului media dan betul lak tu

    lagi lah pelik

    BalasPadam
  11. Bleh dah ni buat filem...ko ni banyak sangat tgk movie barat nie....

    BalasPadam
  12. Tiap hari msia tukar crita. Ada kebenaran dlm info ni. Menteri semua takut

    BalasPadam
  13. Tiap hari msia tukar crita. Ada kebenaran dlm info ni. Menteri semua takut

    ----------------------------------

    tu yg pelik tu bro, cakap tak konsisten , macam ada disorokkan kan ?

    BalasPadam
  14. Bleh dah ni buat filem...ko ni banyak sangat tgk movie barat nie...

    ---------------------------------------------------

    yg buat teori tu bukan sya bos, cuma ia jd kenyataan awal sebelum info tu pecah di media dan pengetahuan rakyat mesia , tu yg pelik tu

    BalasPadam
  15. macam cerita detektif conan je.......

    BalasPadam
  16. tidak kira apa pun ulasan, spekulasi, pandangan atau pertalian. Bagi saya cukup sekadar mendoakan semuanya selamat. Jika kerajaan memutar belitkan cerita pasti mereka ada alasan tersendiri eg: utk keselamatan penumpang atau sebagainya, Jadilah manusia yang selalu bersangka baik

    BalasPadam
  17. macam cerita detektif conan je.......

    ---------------------------------

    ni lebi kepada james bond bos

    BalasPadam
  18. tidak kira apa pun ulasan, spekulasi, pandangan atau pertalian. Bagi saya cukup sekadar mendoakan semuanya selamat. Jika kerajaan memutar belitkan cerita pasti mereka ada alasan tersendiri eg: utk keselamatan penumpang atau sebagainya, Jadilah manusia yang selalu bersangka baik

    ------------------------------------------------------

    manusia tak sama bos dn takde sape dlm dunia ni boleh halang manusia lain berfikir

    atau paksa manusia lain mesti berfikir macm mana dia berfikir , itulah kehidupan

    BalasPadam
  19. Jika perampas, tak kiralah sebijak manapun mereka, harapnya mereka yang buat kerja bodoh ni segera insaf dan serah diri.

    Janganlah tunggu Raja2 Melayu Bani Hasyim ini menangis di hadapan Ka'bah mohon petunjuk dan keputusan Allah sendiri atau tunggu doa Imam Mahadi hantar ababil baru nak insaf atas kebodohan mereka, masa tu dah terlambat...pasti binasa.

    Ini negara yang ada "Believe in God"...Not Believe in Technology semata-mata...!!

    BalasPadam
  20. ye yusnaidi..semoga kebaikan mengatasi kebatilan, amin

    BalasPadam
  21. Hairan, bagaimana penulis tahu semua ini. Tapi menarik utk dibaca hingga habis.

    BalasPadam
  22. penulis cakap itu andaian dia sahaja, masalahnya ada 2 fakta yg betul tu yg berlaku sebelum berita rasmi , dikeluarkan

    dan sy percaya 2 fakta itu sahaja , yg lain2 mmg saya abaikan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates