Rabu, 2 April 2014

Video Makcik Marah Suami Dalam Bas Kerana Ada Skandal , Apa Yang Berlaku Sebenarnya ?


Minggu lepas kecoh dengan isu "suami tertangkap didalam bersama skandalnya didalam bas dan dimarahi oleh isterinya"

Dibawah ialah ringkasan "kononnya" apa yang berlaku :

"Seorang suami berhadapan dengan situasi yang amat memalukan apabila beliau dicekup oleh isterinya sendiri ketika menaiki bas bersama kekasih gelapnya.

Video yang dirakam oleh salah seorang penumpang dalam bas tersebut menyaksikan adegan perang mulut antara wanita berkenaan yang memarahi suaminya bersama seorang wanita yang dipercayai kekasih gelap lelaki berkenaan.

Si suami hanya mendiamkan diri dan sekali sekala bersuara meminta isterinya supaya bertenang. 


Rakaman tamat setelah bas berhenti dan pasangan tersebut dan isterinya turun.

Apa lah nak jadi dengan Malaysia ni , semua orang tak kira tua atau muda berbuat maksiat ."


Saksikan pula videonya dibawah:

Makcik Tangkap Suami Ada Skandal Part 1




Makcik Tangkap Suami Ada Skandal Part 2



Maka berbondong-bondonglah di FB dan media sosial , dihujani kritikan , cercaan dan kejian oleh "warga prihatin" berkaitan kejadian ini .

Yang paling malang ialah video yang dikecohkan ini sebenarnya hanya April Fool dan ia ialah satu sedutan drama di TV Singapura .

Lihat gambar dibawah sebagai bukti .


Pengajarannya , jangan cepat melatah dan mengutuk tanpa dipastikan kesahihannya .

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates