Rabu, 12 Mac 2014

Rentetan Penafian Panglima TUDM MH370 Dikesan Radar ...


Kalau pencarian masih diteruskan di sekitar Selat Melaka dan utara Kedah , kenapa pencarian dilakukan di tempat berkenaan ?

Bukankah radar biasa mengesan MH370 kali terakhir , berada di Laut China Selatan iaitu kawasan timur laut , buat apa pasukan penyelamat juga mencari disekitar Selat Melaka dan utara Kedah, tidakkah itu membuang masa ?

Kenapa mereka perlu mencari di Selat Melaka kalau tiada bukti seperti pengesanan radar MH370 pergi ke situ ?

Saya harap , esok bila membaca berita rasmi, semua pasukan penyelamat mesti diarah bertumpu di Laut Cina Selatan kembali , kerana maklumat "kononnya" MH370 berpatah balik dan hilang di utara Kedah iaitu Pulau Perak , ialah rekaan wartwan sahaja , dan bukan kenyataan Panglima TUDM .

Baca penafian beliau .
Panglima TUDM nafi radar TUDM kesan MH370

Dah jadi macam cerita kartun je kes ini , walaupun pihak berkuasa Vietnam juga mengesan benda yang sama iaitu MH370 berpatah dari timur laut ke utara Semenanjung pada masa hari dan waktu kejadian .
Vietnam kesan melalui radar MH370 bergerak ke arah utara

Rakyat Malaysia dan pembaca diseluruh dunia hanya mengharapkan maklumat dan kronologi insiden dikongsi dengan mereka semua secara telus dan konsisten , bukan seperti sekarang ini .

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates