Rabu, 12 Mac 2014

Baru Saja Saya Komen Berkaitan Penafian Panglima TUDM , Keluar Berita Lain Pulak


Betul tak saya cakap sebelum ini , cakap berbelit-belit dan pusing sana-sini!

Mula-mula dah keluar berita memetik Panglima TUDM memberitahu wartawan MH370 dikesan radar TUDM Butterwoth menukar haluan dari arah timur laut dan menuju ke utara .

Kemudian dinafikan oleh Panglima TUDM dan menyatakan ia direka oleh wartawan , kita terima juga alasan itu walaupun jelas alasan tak pandai .

Sekarang ni, keluar lagi satu berita , MENGIYAKAN SEMULA MH370 dikesan radar TUDM Butterworth, cuma dipusing sedikit dengan mengatakan "pesawat tidak dikenali" .
Pesawat Tidak Dikenali Di Utara Selat Melaka

Saya nak tanya pada Panglima TUDM , kalau pesawat tidak dikenali yang dikesan radar pada kejadian pukul 2.45 pagi , 8 Mac 2014 itu , ialah jet pejuang macam MiG atau Stealth ke , bagaimana ye?

Kerana tiada tindak susul dari TUDM selepas mengesan melalui radar pesawat itu dan hanya memberitahu kepada awam 3 hari selepas kejadian tersebut .

Kenapa tiada pesawat TUDM yang meninjau atau mengejar PESAWAT TIDAK DIKENALI ITU ?

Pelik tak , pesawat tak dikenali TAPI TIDAK BERBUAT APA-APA LANGSUNG ?

Insiden ini sangat menarik perhatian kerana ia melibatkan keselamatan negara .

Bayangkan kalau TUDM bertindak dengan mengejar atau ayat yang tepat , MENGAMBIL TAHU , kalau betul itulah ialah MH370 , mungkin TUDM boleh menolong atau mengetahui dengan jelas dan cepat , apa yang telah berlaku kepada MH370 dan tidaklah sampai berpanjangan episod pencarian sehingga ke waktu ini .

Nampak tak kesan bila anda tak BUAT PERKARA YANG SEPATUTNYA ?

Saya malas nak cerita panjang lagi, nanti dapat malu dan memang nampak tak pandai je TUDM .

Mana SOP yang digembar-gemburkan itu , sampai pesawat tidak dikenali dibiarkan sahaja , sehingga 3 hari berlalu baru diberitahu pada umum .

Ia hanya berlaku di Malaysia .

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates