Jumaat, 7 November 2014

Amelina Bakal Buat Comeback ?


Mungkin nama Amelina tidak membawa erti kepada generasi muda sekarang ini .

Beliau ialah ikon. tersohor dalam dunia dangdut Malaysia .

Walaupun dangdut dipoularkan terlebih dahulu di Malaysia oleh Zaleha Hamid melalui lagu popular beliau iaitu Dangdut Reggae pada pertengahan 1980an , jelas Amelina lebih menonjol .

Amelina mula terkenal dengan lagu dangdutnya di pertengahan tahun 90an atau lebih tepat lagi di sekitar tahun 1995-1998 .

Antara lagu popular beliau di zaman kegemilangannya yang meletup-letup ialah Asyik , Didada Ku Ada Kamu dan lagu duet dengan Iwan yang bertajuk Memori Daun Pisang .

Iwan yang dimakusdkan ialah Iwan Syahman yang menyanyikan lagu-lagu nasyid sekarang ini .

Amelina terus hilang daripada dunia muzik Malaysia selepas beliau berkahwin .

Tak payah saya ceritakan kontrobasi yang melanda beliau ketika itu kerana ia melibatkan keluarga beliau denga Amelina .

Terbaru melalui kawan beliau , yang juga merupakan seorang penyanyi , iaitu Maya , dikatakan Amelina bakal membuat comeback tidak lama lagi .

Maya terkenal dengan lagu popular beliau iaitu Matahari .

Amelina dikatakan akan melancarkan single terbaru beliau .

Adakah suara dan lagu Amelina akan terus releven dalam industri muzik Malaysia masa kini ?

Sama-sama kita nantikannya .

Sambil tu jom layan gambar terbaru Amelina dengan Maya .





Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates