Jumaat, 6 Jun 2014

Eksklusif POSTER AC Mizal dan 4U2C Suatu Masa Dahulu


4U2C hadir dikala penghujung era Rock Kapak .

Era Rock Kapak tamat sekitar tahun 1993-1994 .

4U2C pula bertapak dalam industri muzik Malaysia pada penghujung 1992 iaitu sekitar Ogos 1992 .

4U2C boleh dikatakan pelopor kepada genre muzik rap dan dance di Malaysia .

Selepas itu barulah munculnya KrU , Nico , Alfa , Feminin , Res2 , Msteen dan beberapa nama lain .

Siapa tidak tahu lagu FIONA , memang bukan peminat sejati 4U2C .

Lagu ini dicipta dan ditulis liriknya oleh penyanyi utama 4U2C iaitu Joe .

Lagu Fiona berada dalam album pertama 4U2C yang bertajuk '4U2C' .

Saya memang sukakan lagu Fiona ini terutama melodi dan part solo tengah tengahnya , yang saya kategorikan sebagai antara solo gitar bermelodi dan catchy walaupun ia bukan lagu rock .

Mungkin juga influence atau pengaruh dari saki-baki muzik rock ketika itu menyebabkan solo tengah Fiona menjadi satu trademark yang boleh dibanggakan sampai ke hari ini .

Entri ini membawakan anda secara eksklusif Poster 4U2C yang terang dan jelas , dari semua gambar yang pernah anda jumpa di internet sebelum ini .

Dan sebagai bonus Poster AC Mizal solo semasa masih bersama 4U2C .

Ia bukan gambar HD jika itu yang anda harapkan , terutama kepada penggemar dan peminat 4U2C , tapi poster yang bagi saya cukup terang dan bakal membuatkan yang meihatnya mengimbau memori silam anda , di waktu zaman kegemilangan 4U2C dan 'Fiona' .

Check it out guys .




Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates