Sabtu, 28 Jun 2014

Azwan Ali Undang 50 Artis Ke Majlis Berbuka Puasa dan Gambar Terbarunya


Pengacara kontroversi Azwan Ali bakal mengadakan sebuah majlis berbuka puasa besar-besaran yang bakal dihadiri oleh 50 orang artis tanah air di Restoran N’Dah Mahligai Shah Alam pada 5 Julai ini.

Tujuan beliau mahu membuat majlis itu ialah kerana sebab-sebab dibawah :

“Rasanya sudah lama saya tidak mengadakan majlis sebesar ini bersama anak-anak yatim, kali terakhir seingat saya pada tahun 2007, jadi saya rasa ini kebangkitan saya selepas 7 tahun dan selepas segala kontroversi yang melanda diri saya.

“Lagipun majlis ini tanda kesyukuran saya selepas beberapa kejayaan yang rezeki yang melimpah pada tahun 2014. Saya dapat banyak jemputan daripada stesen televisyen untuk menjadi artis undangan dan kebanyakannya mendapat rating yang tinggi.

“Saya juga bersyukur apabila majlis ini pula berjalan dengan mudah sekali apabila ramai yang ingin menaja dari segi lokasi, makanan dan barang-barang untuk goodies bag.

“Lebih menggembirakan saya apabila sudah lebih 50 orang artis yang akan bersetuju untuk hadir ke majlis saya. Mereka antara rakan-rakan saya yang baru dan lama yang akan memberikan sokongan kepada majlis ini,” katanya.

Antara 50 orang artis itu adalah Fizz Fairuz, Almy Nadia, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datuk Yusof Haslam, Zara Zya, Tasha Shila, Tonok, Rebecca Nur Al Islam, Ifa Raziah, Umir Aida, Syanie dan ramai lagi.

Jom layan gambar terbaru Azwan Ali serta komen terbarunya .

 




Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates