Selasa, 6 Mei 2014

Nak Pergi 'Honeymoon' Pun Susah ? Tak Boleh Jadi Ni...


Susah jadi artis ni .

Nak pergi bercuti , honeymoon , dating atau berpeleseran dengan kekasih , pun semua orang lain nak ambil tahu .

Terbaru gambar 2 keping tiket MAS yang memaparkan nama Hanez Suraya dan teman lelakinya, Romie Razin telah pun tersebar di Internet.


Penyebaran itu bertujuan untuk mendedahkan tahap keseriusan hubungan Hanez dan Romie.

Walaupun lokasi penerbangan dirahsiakan, banyak pihak membuat kesimpulan yang Hanez dan Romie pergi bercuti bersama-sama.

Hanez Suraya ketika dihubungi , telah menyatakan perkara dibawah :

"Ya saya tahu (tentang pendedahan tiket).

Memang ramai wartawan cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan.

Tetapi saya ambil langkah berdiam diri.

Hak privasi saya telah diganggu kerana penyebaran gambar tiket penerbangan itu.

Mereka yang menyebarkannya patut faham akan privasi saya.

Dan jangan cuba membuat cerita tanpa usul periksa.

Cuba beritahu saya siapa yang tak geram jika diperlakukan begitu? 

Ini soal hak privasi. 

Mereka sudah menganggu privasi saya dan membuat cerita yang boleh mendatangkan fitnah. 

Mereka cerita tentang keburukan saya padahal mereka sendiri tidak sedar yang mereka sedang menabur fitnah. 

Semestinya saya bengang dan tidak puas hati.

Ya sudah tentu saya tidak lagi punyai privasi. 

Saya rasa selepas ini pergerakan saya sudah terbatas. 

Malah saya percaya ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri saya pada masa akan datang"

Begitulah jawapan Hanez Suraya ketika ditanya mengenai kebenaran kes diatas .

Tak tahulah beliau bengang sebab perkara ini benar dan peminat mengetahui apa yang dilakukannya , atau gambar itu sebenarnya photoshop dan ia tidak wujud , beliau sahaja boleh mengesahkannya .

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates