Ahad, 20 April 2014

Survival Budak Berumur 6 Tahun Dengan Seekor Anjing..wajib baca..


Kisah benar ini terjadi pada tahun 2010 yang lalu, tentang seorang anak bernama Along yang hidup sendirian di sebuah kampung di kaki bukit Gunung Malu, China .

Umurnya baru 6 tahun, kedua orang tuanya telah meninggal kerana mengidap penyakit AIDS .

Ibunya mati pada tahun 2008 , dan ayahnya pula mati pada tahun 2010.


Along anak kecil berumur 6 tahun , penghidap HIV di sebuah kampung di China. 

Along terpaksa hidup sendirian,  kerana penduduk di desanya takut berada hampir dengannya kerana takut dijangkiti virus tersebut.

Sehari-harian dia hanya ditemani anjing kesayangannya , Lau He .

Semua dilakukan Along sendiri di rumahnya di Desa Niucheping di kaki gunung Malu , Provinsi Guangxi Zhuang .


Untuk makan sehari-hari Along terpaksa memasak sendiri , neneknya ,  kadang-kadang datang , menghantar kepadanya  , sayur-sayuran .

Along memasaknya dengan nasi menggunakan dapur kayu .

Kayunya Along terpaksa cari sendiri di dalam hutan, 

Along juga mendapat sedikit bantunan dari kerajaan tapi hanya 77 Yuan setiap bulan , lebih kurang RM3 .


Di sinilah Along tinggal, sebuah bilik yang serba kekurangan , seorang diri . 

Dia juga mempunyai hobi bermain bola, sepeti kanak-kanak seusianya, tapi apa daya dia hanya boleh bermain sendirian .

Sejak berita dan gambarnya tersebar luas di media dan internet , ada beberapa dermawan yang menghantar kepada dia , patung mainan dan alatan permainan untuk Along bermain .


Sebenarnya masih banyak budak-budak seperti Along .

Di negara China , kehidupan sebegini biasa dan tidak diperdulikan oleh sesiapa pun 

Banyak kanak-kanak seperti Along ini diabaikan dan hidup sebatang kara. 

Hidup mereka jadi sebegini , bukan kerana kesalahan mereka, mereka tidak memilih untuk dilahirkan dengan mengidap HIV yang diturunkan oleh ibu bapa mereka .

Soalannya , apakah yang orang lain boleh buat untuk membantu Along dan kanak-kanak senasib dengannya ?

Adakah dengan hanya membaca kisahnya dan berkata "kasihan" , sudah cukup ? 

Kemudian melupakannya , seolah-olah anda tidak tahu Along atau yang senasib dengannya WUJUD didunia ini dan sedang menderita ?

Tanya diri anda sendiri .

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates