Seperti entri-entri sebelum ini , saya selalu menekankan kepentingan beragama yang tidak difahami oleh kebanyakan manusia .
Bayangkan jika , AGAMA ITU IALAH MAKANAN , bagi orang yang beragama pastinya mereka kenyang .
Tetapi jika mereka sentiasa lapar, sewajibnya mereka sebenarnya TIDAK ADA AGAMA .
Mungkin agak keras pernyataan diatas , tetapi itulah realiti sebenar , terutama dunia masa kini .
Jika dahulu , bila kes zina berlaku , kes minum arak , kes sumbang mahram , kes seks bebas , kes bunuh diri atau maksiat-maksiat yang lain berlaku , dengan bangganya orang Islam mencebik dan berkata , "KAPIR...memang camtulah" .
Malangnya , kes-kes maksiat diatas sekarang menjadi BUDAYA dalam masyarakat Melayu hari ini yang majoritinya beragama Islam , apa pula alasan mereka ?
Bila disebut budaya , ia mencerminkan perkara itu telah menjadi biasa , banyak dan tidak dihairankan lagi .
Secara indirectnya , IA TELAH DITERIMA walaupun dinafikan , kerana itu ia terus berleluasa .
Soalan cepu emas yang perlu ditanya oleh SEMUA ORANG YANG SEDANG MEMBACA ENTRI INI , ialah , APA GUNANYA AGAMA , BILA PERKARA MUNGKAR SEBEGINI DIAMALKAN SEHARIAN-HARIAN DALAM HIDUP MEREKA ?
Bukankah salah satu keperluan manusia beragama ialah supaya mereka menjadi baik , supaya terlihat perbezaan mereka daripada syaitan dan binatang!
Syaitan memang tiada agama , begitu juga binatang , dan membezakan manusia dari 2 spesies ini ialah AGAMA!
Jika anda lihat video ini yang versi UNCENSORED , anda akan lihat betapa yakin dan bangganya budak perempuan ini , yang nampak begitu baik , menipu emaknya sendiri , emak yang melahirkannya , emak yang membelanya , emak yang menjaganya , begitu kejam!
Sedangkan disaat itu dia sedang berzina , walaupun dalam video tidak ditunjuk perkara itu tetapi keadaannya yang sedang berbogel dalam sebuah bilik dan video ini dirakam oleh boyfriendnya .
Nampak kehidupan bebas yang ditunjukkan oleh video ini sebenarnya menunjukkan manusia yang tiada agama , walaupun jika ditanya , mereka akan menjawab mereka ada agama , kerana mereka sendiri tidak tahu apa itu AGAMA SEBENARNYA .
Agama tidak lain hanya jadi ikut-ikutan dan budaya , yang diwarisi secara turun-temurun , tanpa sesiapa MEMAHAMINYA dan MENGAMALKANNYA !
Bayangkan jika Nabi Muhammad S.A.W masih hidup sekarang , tentunya baginda sedih kerana sebaik beliau wafat , SEMUA MANUSIA TELAH KEMBALI KE ZAMAN JAHILIYAH DAN PERJUANGAN NABI MUHAMMAD JADI SIA-SIA!
Begitu juga emak kepada budak perempuan didalam video ini , sia-sia sahaja pengorbanan beliau melahir dan menjaga budak perempuan ini , sebaik sedikit dewasa , budak perempuan ini LEBIH PERCAYA KEPADA TEMAN LELAKI yang baru dikenalinya berbanding dengan ibunya sendiri .
Inilah dunia masa kini , inilah realiti , ini betul-betul dan ia bukan cobaan .
Bukan sedikit medium menyebarkan dakwah masa kini , tetapi manusia tetap memilih kenikmatan dunia YANG SEMENTARA INI .
AKHIRAT BOLEH PERGI MAMPUS, kata mereka .
Nauzubillahminzalik .
Saksikan video dibawah dan lihat betapa kejamnya seorang anak pada ibunya sendiri .
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .