Inikah pelakonnya ?
Kalau betul namanya ialah Along Eyzendy atau nama sebenar beliau , Eyzendy Aziz .
Tak tahu pula saya beliau sangat terkenal kerana saya langsung tidak pernah tengok rupa beliau atau dengar nama beliau sebelum ini .
Mungkin beliau sangat terkenal dikalangan pembaca yang membaca entri ini , agaknya .
Dibawah ini ialah gambar pelakon "terkenal" itu dan post di Facebook beliau , mungkin berkaitan berita penahanannya itu , mungkin .
Dibawah ialah petikan berita dari Berita Harian tentang penahanan pelakon itu .
Selain pelakon berusia 35 tahun dan pernah membintangi beberapa filem box office, termasuk Khurafat itu, 20 wanita warga asing dipercayai pelacur.
Ujian positif ganja
Berdasarkan dua ujian air kencing, pelakon itu disahkan mengambil ganja, manakala dua pengunjung lelaki terbabit dalam pengambilan syabu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata, pihaknya memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan bagi mengesan rekod kesalahan lampau.
“Mereka yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan tapisan awal dilakukan dengan 41 daripada mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .