Jumaat, 18 April 2014

Menjelang Tarikh Bersalin, Liyana Jasmay Semakin Teruja dan Takut


Hanya tinggal sebulan sebelum tarikh bersalin, pelakon popular, Liyana Jasmay mengakui dia semakin teruja untuk melihat bayi perempuan sulungnya selain berasa takut untuk berhadapan dengan proses bersalin itu nanti.

Dijangka akan bersalin pada awal Mei ini, Liyana sudah membuat persiapan sepenuhnya untuk cahaya matanya itu.

"Saya dan suami teramat teruja untuk menantikan kelahiran bayi ini, tapi dalam pada itu saya juga berasa takut setelah melihat proses melahirkan bayi dari dalam Youtube. Menyesal pula rasanya menonton rancangan itu.

"Saya dan suami juga akan menjalani kursus untuk menghadapi situasi kelahiran di hospital dalam masa terdekat ini supaya saya dapat menghadapi keadaan itu dengan tenang.

"Selain itu, mama juga ada menasihatkan supaya saya mengamalkan makan buah kurma dan minum air zamzam.

"Tentang persiapan anak ini nanti memang saya sudah sediakan. Bilik dan baju sudah disediakan dan saya juga akan menjalani proses berpantang secara tradisional di rumah mama saya di Kemensah,"jelas Liyana Jasmay yang sudah memilih beberapa nama yang sesuai untuk anaknya nanti.

Sumber M-O

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates