Apa maksud hijab baginya? Tutup rambut saja kah? Semasa menghadiri sebuah majlis di Bangsar, Mangga Muda terserempak dengan pelakon sensasi ni yang datang bersama seorang rakan pelakon lain yang tak bertudung, tapi sopan saja pakaian rakan itu.
Si minah bertudung ni pakai baju biru polos sendat yang menampakkan susuk buah dada yang mekar. Tudungnya yang cantik dengan rekaan terbaru itu tak menutup bonjolan buah dada di sebalik baju sendat yang dia pakai.
Pada masa itu Mangga Muda berdiri di laluan pulang sebab menanti rakan yang membuang hajat di kamar kecil. Selepas melemparkan senyuman kepada Mangga Muda dia pun berlalu melintasi Mangga Muda. Dia pakai seluar yang ketat pada bahagian punggung dan kembang dari paras paha sampai ke bawah.
Jadi bentuk punggungnya juga ketara sekali sebab bajunya sampai paras pingang sahaja dan dia kenakan sejenis bengkung di pinggang untuk nampak lebih bergaya. Sekali lagi Mangga Muda geleng kepala. Apa yang dia nak tutup sebenarnya? Rambut sahajalah?
Susuk buah dada terjojol, punggung yang mekar pula beralun terbentuk indah bila berjalan lenggang lengguk. Sangat tak sesuai bila dikenakan dengan hijap di kepala. Berhijab ke berfesyen dengan tudung kepala?
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .