Selasa, 15 April 2014

Adakah Bung Perlu Pakai Cermin Mata Yang Lebih Tinggi Powernya ?

Berdasarkan gambar diatas , maka Bung berkata , pakaian Teresa Kok tak sesuai semasa persidangan.

Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.

Teresa Kok bangun dan meninta Bung menarik balik kenyataan tersebut.

“Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.

“Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.

Pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap “boleh memakai pakaian sesuka hati” jika Kok dibenarkan berpakaian begitu, kata Bung lagi.

“Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” kata Ismail.

Teresa Kok meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu.

“Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?

“Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini,” katanya lagi dipetik Malaysiakini.

Bung amat-amat ambil kisah skirt Teresa Kok yang ke paras lutut .

Dibawah pula ialah gambar isteri Bung , memakai skirt .

Kenapa Bung tidak komplen isteri beliau sendiri ?

Kalau beliau komplen dan jaga , sudah tentu isterinya tidak berpakaian sedemikian , betul ?

Gambar dibawah memperbandingkan kedua-duanya .

Mungkin Bung dah nyanyuk agaknya .


Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates