Sabtu, 15 Mac 2014

Sensasi Hanez reda...


Baru-baru ini kisah hubungan pelakon Hanez Suraya dan Mr. R atau Romie jadi hangat apabila pelakon itu dikatakan bercinta dengan suami orang. Ia jadi kecoh bila seorang wanita tampil menuduh Hanez mengacau rumah tangganya.

Hanez dan Romie kemudian tampil memberi kenyataan bersama menafikan dakwaan wanita tersebut. Romie mengatakan isterinya memfailkan perceraian sebelum dia berjumpa dengan Hanez. Dia juga mempertahankan Hanez dan mengatakan keretakan rumah tangga mereka bukan kerana pelakon itu.

Sedang heboh laman sosial mengutuk dan mengatakan yang bukan-bukan terhadap Hanez, Malaysia gempar pula dengan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang sehingga kini tidak dapat dikesan.

Pemilik laman sosial mahu mengetahui perkembangan dan nasib anak kapal dan penumpang. Ia sekali gus meredakan isu Hanez Suraya. Orang dah tak ada masa nak bergosip dalam masa semua bersedih menunggu khabar pesawat tersebut.

Nampaknya secara tak langsung Hanez boleh berehat dengan tenang bila isunya dah tak menarik perhatian orang lagi.

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates