Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia diserang dengan isu peribadi oleh calon yang menentangnya di PRK Dun Kajang kelak.
Malah, tegasnya, beliau tidak akan sesekali berundur walaupun sedar akan perkara tersebut.
“Sudah lima belas tahun kisah yang sama diulang tayang dan saya tidak pernah peduli pun. Malah, isu serang peribadi ini sudah pernah dimainkan ketika saya bertanding di PRK Permatang Pauh.
“Tapi adakah kerana takut diaibkan saya akan berundur? Tak boleh. Sebaliknya saya perlu atasi ketakutan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mengulas lanjut, kata Anwar, menyerang peribadi lawan adalah cara politik picisan dan hanya menunjukkan kerendahan moral seseorang.
“Ramai yang lupa saya pernah menjadi pemangku perdana menteri dan masih mendapat maklumat. Jika saya mahu aibkan pihak lawan, saya boleh tapi seolah-olah saya tiada moral.
“Kalau ada yang kata saya tak berani, sudah banyak yang saya saman. Tapi kebanyakannya menarik semula kenyataan dan ada yang kalah,” katanya.
Menurutnya, PKR juga tidak akan sesekali terjebak dengan kempen serangan peribadi dalam PRK Dun Kajang.
“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengarah PRK Dun Kajang.
“Kita setuju agar jentera kempen kita menumpukan isu rakyat dan isu nasional,” katanya.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.. membujur lalu melintang patah....lawan tetap lawan....