Sekumpulan empat nelayan telah menemui satu objek yang dipercayai rakit getah keselamatan daripada pesawat dengan tertera perkataan "boarding" , kira-kira 10 batu nautika dari pantai di Port Dickson, semalam
Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu
Ketika itu, nelayan berkenaan sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum terpandang objek berkenaan yang sedang tenggelam timbul dipukul ombak.
Mereka yang sering mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media telah mengambil keputusan untuk melihat objek tersebut dengan lebih dekat lagi.
Mereka yang sering mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media telah mengambil keputusan untuk melihat objek tersebut dengan lebih dekat lagi.
Objek berkenaan tidak berjaya diangkat naik ke atas bot kerana terlalu berat. Bagaimanapun objek itu telah ditambat pada bot kerana bimbang ianya tenggelam dalam laut disebabkan keadaannya yang koyak.
Selepas mengenal pasti objek itu adalah sebuah rakit getah, mereka terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.
Mereka yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu. Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut .
Sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudiannya menyambung kembali kerja menangkap ikan
Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu. Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan .
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .