Sabtu, 15 Mac 2014

MH 370 Dirampas - Butiran Sidang Akhbar Dengan Najib Razak Pada 15 Mac 2014


Sidang akhbar mengenai kehilangan pesawat ‪‎MH370‬, 15 Mac 2014, 2 petang, dari KLIA oleh Datuk Seri Najib Tun Razak

1. 7 hari lalu MH370 telah hilang. Tiada perkataan dapat diungkapkan untuk menggambarkan betapa peritnya perkara ini buat semua kaum keluarga yang terlibat. Doa kami bersama mereka.

2. Terdapat banyak spekulasi. Kami memahami semua terdesak untuk mendapatkan maklumat.

3. Kami mempunyai tanggungjawab untuk melakukan penyiasatan

4. Kami telah berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa yang mempunyai pengalaman untuk mentafsir data

5. Pagi ini, saya telah diberi taklimat oleh FAA, NTSB, DAAIB dan pihak berkuasa Malaysia tentang
maklumat lanjut mengenai apa yang berlaku

6. Kemungkinan sistem komunikasi pesawat telah ditutup sebelum pesawat mencapai Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

7. Kami boleh mengesahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan pada radar utama tentera adalah MH370

8. Pasukan penyiasatan membuat pengiraan lagi untuk menunjukkan sejauh mana pesawat itu mungkin telah diterbangkan selepas titik terakhir

9. Kami tidak dapat mengesahkan lokasi tepat kapal terbang apabila ia membuat hubungan dengan satelit. Berdasarkan data baru, pihak berkuasa Penerbangan Malaysia dan rakan-rakan bahawa komunikasi terakhir adalah pada salah satu daripada dua koridor: utara: sempadan Kazakhstan, Turkmenistan dan Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia ke Lautan Hindi

10. Maklumat terbaru dari satelit mempunyai kesan penting ke atas skop SAR - operasi pencarian di Laut China Selatan akan ditamatkan. Kedutaan-kedutaan yang berkaitan telah dijemput untuk taklimat mengenai maklumat oleh pakar-pakar teknologi.

11. Walaupun laporan media mengatakan bahawa pesawat dirampas, saya ingin menjelaskan di sini, kami masih menyiasat semua kemungkinan .

Nota: Klik link dibawah untuk baca entri perkaitannya .
Betul Ke Macam NI?

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates