Isnin, 10 Mac 2014

Kapal Perang China Hilang Dalam Misi Mencari MH370 , pulak...

Kapal perang China, Mianyang dilaporkan tiba di perairan yang dipercayai lokasi pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Sabtu lalu. 

Sumber tentera berkata, kapal perang itu tiba di perairan yang dipercayai terputus hubungan jam 3.50 pagi waktu tempatan (China), tiga jam awal dari jadual sepatutnya.

Sejurus tiba, kapal itu terus mengendalikan misi mencari dan menyelamat (SAR).

Hubungan dengan pesawat MH370 terputus dan hilang dari radar jam 1.20 pagi waktu tempatan Beijing, Sabtu lalu ketika terbang dalam kawalan menara trafik udara Ho Chi Minh di Vietnam.

Pesawat membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, termasuk 154 warga negara China

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates