Mungkin tidak ramai peminat mengetahui kisah hidup sebenar pelakon tersohor negara, Datuk Jalaluddin Hassan, 60. Hari ini akhbar Utusan telah berkongsi satu artikel yang menceritakan pengalaman beliau berdikari sehingga bergelar pelakon.
Apa yang menarik perhatian ialah pengalaman Jalaluddin bekerja dengan syarikat East Asiatic di Jalan Ampang. Ketika itu, beliau berusia dalam lingkungan 20-an.
Sebelum mula bekerja dengan syarikat terbabit, Jalal terpaksa menjalani latihan selama tiga bulan. Beliau kemudiannya diserap sebagai pekerja tetap dan memegang jawatan kerani sehingga dicemburui oleh kebanyakan pekerja lain.
Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.
Tidak lama selepas itu, Jalal dinaikkan pangkat sebagai penyelia. Di sinilah kisah bagaimana beliau berdepan detik-detik cemas nyaris dicabul.
“Masa itu, saya sudah pun berkahwin. Nak dijadikan cerita, saya telah dipanggil masuk ke pejabat pemilik syarikat berkenaan yang merupakan seorang lelaki Inggeris yang sudah lanjut usia sedangkan saya ketika itu berusia dalam 20-an.
“Berbual dengannya di dalam pejabat, bos saya itu hairan kenapa saya cuma kerja biasa-biasa sedangkan dia melihat saya mahir berbahasa Inggeris. Saya katakan sebenarnya saya mahu menimba pengalaman hidup di samping menanam hasrat untuk menjadi pelakon.

“Namun selepas saya katakan begitu, dipendekkan cerita, tiba-tiba dia cuba membuka seluarnya dan mahu melakukan perbuatan tak senonoh. Saya tak cakap banyak, angkat kaki dan lari macam tak cukup tanah!
“Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada.”
“Pertama kali saya berdepan dengan manusia sepertinya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Marah, sakit hati, semuanya ada.”
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .