Kata orang, apabila berkahwin dengan insan popular, kena banyak bersabar. Yelah, pasangan kita jadi kesayangan ramai, ke mana-mana saja pasti jadi perhatian.
Kalau jenis kuat cemburu, baik fikir 10 kali sebelum ambil keputusan berkahwin. Bimbang nanti ada yang tak lena tidur sebab hati tak tenang.
Apabila tak cukup bersedia, mulalah hati cepat panas dan cemburu tak bertempat. Seperti yang berlaku kepada pasangan ini. Si suami memang pujaan ramai, ke mana saja melangkah, pasti ada yang cuba dekat.
Tidak kira untuk mendapatkan autograf atau merakam gambar.Si isteri pula yang bertindak sebagai pengurus tidak senang duduk dan perlakuan itu disedari peminat artis itu.
Dalam satu kejadian, si isteri beri amaran kepada seorang peminat supaya jangan terlalu dekat dengan suaminya apabila mahu bergambar. Terkejut peminat itu. Bukan senang dapat peluang bergambar dengan artis pujaannya, tiba-tiba kena ‘sound’.
Walaupun bengang dan malu, dia -buat tak tahu. Walhal kalau nak ikutkan, artis itu yang tarik dia supaya lebih rapat ketika mereka bergambar. Setakat bergambar saja, bukan buat perkara bukan-bukan. Lagipun bukan berbeza jantina, kalau bersentuhan pun tak haram. Jadi, apa yang nak dirisaukan.
Kalaupun peminat itu ‘lembut’, dia tetap lelaki. Barangkali si isteri kurang percaya suaminya atau mungkin bimbang insan kesayangannya dikaitkan dengan skandal bukan-bukan jika bergambar atau rapat dengan lelaki lembut.
Apapun alasannya, isteri pelakon itu kena kawal diri kerana ia akan beri kesan kepada hubungan baik suaminya dengan peminat. Bak kata si pengadu, “Kalau kuat cemburu, jangan jadi pengurus.
Duduk diam-diam di rumah. Dia kena tahu sokongan peminat kepada suaminya sangat penting.
“Kenapa perlu bersangka buruk dengan peminat. Takkan nak bergambar pun nak ‘sound’, bukan aku buat benda tak senonoh.”

Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda .