Sabtu, 22 Mac 2014

Gadis Cantik Ini Bela Beratus Kucing , Anda Mahu Bantu Beliau ?

Di Malaysia, kewujudan media sosial membolehkan aktivis haiwan jalanan begerak aktif dan mendapat sokongan dari orang ramai.

Tak kira dari segi bantuan sokongan moral atau dana, ia membolehkan aktivis terus menjalankan aktiviti mereka untuk jangkamasa yang lama.

Keprihatinan aktivis dan orang ramai semakin meningkat terhadap kebajikan haiwan jalanan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Seorang aktivis haiwan, Nor Aifaa Syazny dari Pulau Pinang misalnya, telah menyelamatkan haiwan jalanan sejak lapan tahun yang lalu.

Kini dia sedang cuba mendapatkan sumbangan untuk rawatan, makanan dan yang terpenting tanah untuk haiwan-haiwan tersebut.

Aifaa telah memberi perlindungan kepada 194 ekor kucing terbiar hanya di sebuah unit rumah pangsa dua bilik , di kawasan Air Itam, Pulau Pinang.

Semua kucing yang diselamatkan dari jalanan oleh beliau berpenyakit dan semuanya telah dirawat sampai sihat,malah ada juga yang tahu beliau selamatkan kucing dan orang ini tinggalkan kucing yang mereka tidak mahu di luar rumah Aifaa .

Tahun lalu saya ditawarkan bantuan tanah tapi pihak tersebut telah menipu saya dengan mengunakan haiwan-haiwan saya untuk mereka meraih derma.

Ada juga yang cuba mengambil kesempatan ke atas saya sebelum bantuan di berikan.

Saya cuma perlukan tanah tapi saya tidak tahu bagaimana hendak menulis surat kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi meminta bantuan justeru itu dapat meringankan beban saya.

Saya pernah carikan tuan baru untuk kucing-kucing ini, tetapi manusia, semua hanya nak yang elok saja. Ada juga yang beria-ia hanya mahukan sesuatu jenis baka saja.

Bila dah diberi, mereka jual kucing saya sehinggakan saya kena keluarkan duit untuk beli semula kucing itu.

Kini Aifaa berusia 24 tahun namun terpaksa menangguhkan niat berkahwin demi haiwan yang diselamatkannya, kerana dia perlu mencari tempat perlindungan yang selesa untuk haiwannya terlebih dahulu.

Saya takut jika ada aduan dikemukakan, haiwan-haiwan saya akan dirampas, memandangkan saya letak mereka semua di rumah pangsa yang tidak dibenarkan membela haiwan peliharaan.

Saya juga hanya tidur dua jam sehari untuk pastikan rumah berkeadaan bersih dan tidak berbau.

Sekali cuci saya memerlukan lima jam untuk membersihkan sangkar, memberi ubat, bersihkan mata dan telinga, masak nasi dan mop lantai.

Menurut Aifaa, untuk sehari dia menggunakan 10 kg suratkhabar untuk pelapik kotak kumbahan mereka, 3 kg nasi dicampur dengan 10 tin makanan basah,16 kg biskut haiwan, 10 gulung tisu dan sebotol peluntur.

Dia cuma bekerja di salah sebuah badan bukan kerajaan (BBK) akuatik dengan bayaran RM 1,200 sebulan .

Saya pernah berhenti kerja selama tiga bulan kerana ibu saya disahkan menghidap barah payudara pada 2010 dan sepanjang tiga bulan tersebut saya terpaksa minta kawan-kawan menyalurkan derma seperti makanan kucing untuk haiwan-haiwan saya.

Saya amat berharap jika ada pihak dapat membantu saya mendapatkan sebidang tanah untuk haiwan haiwan terbiar.

Saya juga menjadi sukarelawan di SPCA dan BBK haiwan bagi sesi pemandulan.

Saya bukan kaya tapi saya selesa berkongsi rezeki dengan haiwan-haiwan meskipun seekor anjing.

Bantulah saya dapatkan bantuan, sesiapa yang boleh memberikan satu tempat untuk saya.

Saya pasti ramai yang akan membantu.

Jika tidak dapat bantu saya banyak, cukuplah sekadar bantu saya jumpa dengan Ketua Menteri untuk perbincangan.

Bagi yang ingin menderma, anda boleh menyalurkannya ke akaun AIFAA FURRY SHELTER , 8600961579 (CIMB).

Aifaa boleh dihubungi di talian 018-576-8357 dan Facebook . 

Sila like FaceBook Fanpage beliau:  Aifaa's Shelter Home Sweet Home

Lagi gambar dari rumah perlindungan Aifaa.





Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda .

 
KONTROBASI © 2015 - Designed by Templateism.com | Distributed By Blogger Templates